A Few Notes

May 19, 2007 on 12:58 pm | In Edisi Merepek, myLife, Misc | No Comments

Salam,

Lupa nak bgtau dlm post yg before ni.

(Well, instead of just editing that post, I make a new post, supaya nampak mcm banyak sket aku update blog, hahahaa)

1. Aku guna shoutbox baru. Mcm hampeh je yg lama. Server asyik buat hal je. Aku tak tau la kalau korang bleh bukak @ view shoutbox tu. Tp aku mmg tak leh nampak dan takleh tengok pun. Asyik keluar Error Server Connection tu je. So dengan shoutbox baru ni, dipersilakan sapa2 nak jerit sepuas2nya kat situ, huhu. Jgn SPAM, sudah..

2. About JellyFish yg Sdri Sharzwin tanya tu, I’ll try to give the answer as soon as I could. =)

3. Err.. takde dah yg ketiga. Ada 2 je ye cik Abg dan cik Akak semua.. huhu

WA

Selamat Pengantin Baru

May 19, 2007 on 12:46 pm | In Edisi Merepek, myLife, Misc | No Comments

BismiLlah,

Dah berbulan2 aku tak update blog ni. Sindrom atau penyakit “malas” ni, memang musuh utama la kepada semua orang, huhu.. Dan aku akui, aku tak terlepas dari turut sama terkena virus penyakit ni, adeh..

Hari ni 19 June, sahabat baik yg aku mentioned kan di sini akan menempuh tarikh bersejarah lam hidupnya. Aku di sini dengan sedih dan sayunya hanya mampu mengucapkan dari jauh :

Salam Pengantin Baru dan Semoga Berbahagia Selalulah Hendaknya Hingga Ke Anak Cucu…

Nampak cliché sgt la pulak ucapan aku tuh.. huhu. But honestly, aku ketiadaan idea utk cari ayat2 yg best tapi jarang digunakan, sbb “member kahwin” is not the most popular event in my personal own wish list.. huhu. Hampeh sbb aku tak dapat hadir.. Tp nak wat camne. Tunggu je lah hadiah yg “Made in France” dari aku nanti ye..? huhu..

Oh by the way, aku akan blk ke Malaysia nanti.. err.. tak lama dah (huuraaayy !). To be precise, on 29 June, from Nice to Zurich, and transit naik MAS kat situ utk direct ke KL. Scheduled akan sampai di KL on the 30 June, 6.15 am. Dan tanpa belas kasihan langsung daripada sahabat2 ku di Kelate sana, hari tu jugak dirancangkan utk buat satu Reunion* utk ex-SMKATIAN di area Bachok. Maka terpaksalah aku terus melupakan hasrat utk berbulan madu (?) di KL dulu barang sehari 2 sblm balik Kelate, mwahahaha.. - Kidding.. =p

Kejap lagi kot aku beli tiket KL - KB.. fuh.. penat2. Sampai di KB, balik rumah, terus kena gi ke Reunion. Harapnya ramai la yg hadir, baru berbaloi… huhu..

IUT (Uni aku) tempat aku belajar ni, agak dekat ngan Airport Nice. So tiap2 hari ada kapal terbang lalu yg membuatkan aku rasa masa tu cukup slow berlalu.. hahaha. Menguji kesabaran betul la.. huhu.

Lama betul tak update blog. Bukan takde benda utk ditulis, cuma setakat pengetahuan aku, pakar2 perubatan yg ada sekarang masih belum menemui ubat atau pun vaksin bagi mencegah penyakit malas ni. Maka aku terpaksa bersabar hingga ada penemuan2 baru dari kajian2 mereka yg ahli dalam bidang ini, mwahaha..

Makin lama belajar kat sini, makin aku menyedari betapa tinggi rendahnya langit tu (err.. sebelum ni pun dah tau, cuma saje nak kasi gempak sket ayat, hak3). Susahnya hai nak maintain result. Huh, dah la.. takmo dah cerita pasal ni. Bikin rasa susah hati je.. huk3.

Entah apa la aku membebel kat post ni pun aku tak tahu.

Dlm kepala aku skarang, tengah countdown hari je. Tunggu 29 June… huhuhu..

Exam? Erk.. !! (sambil lagu “Que sera sera” ** perlahan2 mengiringi latar belakang pentas… oh..=p)

Sekian dulu ya, kita jumpa lagi di lain posting (yg aku tak tahu bila, mungkinkah 2 3 bulan lagi? mwahhaha..). Aku nak gi beli tiket flight KL - KB lak ni, huhu..

Wassalam

NOTE :

* = Reunion ni lam French maksud dia mcm “meeting” la. So perkataan yg sgt dinanti2kan oleh kami keluar dari mulut para lecturer. Umpama sekumpulan student budak sekolah rendah mahu pun menengah yg sering menantikan para gurunya terpaksa HADIR MESYUARAT ! hahaha.. =p

** = “Que sera sera” ni lam French maksud dia “whatever will be will be”. So the next line dlm lagu tu mmg membawa maksud translation kepada tajuk lagu tu la. Err, tak penah dengar lagu “Que sera sera”?? Shame on YOU !! hehe.. =p

19 May (Tarikh bersejarah buat Che Lie, hehe)
2.40 pm

New Sem is coming ! - Ada orang nak kawen, hehe

January 22, 2007 on 12:17 am | In Edisi Merepek, myLife, Misc | 5 Comments

BismiLlah…

It has been a while since the last time I updated this blog. Phew.. what a busy week I’ve been through. For the first time ever since I came here, we got a full week scheduled with exams, yes - our Final Exams. It sounds weird eh, most colleges, Unis have their final exams before the holiday. But here, holiday first, then exams. Huhu.. How was it? Err.. catastrophic ! maaaakk !!

Wuwuwu..

Hope they were not that bad << ayat nak sedapkan hati, huhu..

Tomorrow we are going to officially enter the second sem. Same hope, same attitude, heh? haha..

==========

Last week, I met my friend - my best buddy. Met? err.. virtually, huhu - via YM. And after a quite long time didn’t hear anything from him, suddenly he told me that he’s going to get married !

WOOOOWW !!

First impreesion : WOW

Second impression : Bagus lah.. =)

He’s 21, same with me. Yes, a student - doing Engineering in IIUM (UIAM). His wife, ops..his wife-to-be, (huhu) is from Perak. But bad news, he told me that the date planned on this May. Isk.. I wish I would be in Malaysia already at the time. Em, impossible though.. =(

I don’t want to go into the details, hehe. But he really surprised me.

I just could imagine me myself saying a line like this :

Mak, orang nak kawen…

Mwahahahahahahahaha.. ! (rasa nak gelak guling2), huhuhu..

Tp kan, bagus apa. And one thing for sure, aku betul2 respek dengan dia. This should be a good example to me to all loving couples out there. Jgn bazirkan usia muda. Meminjam kata2 yg popular :

USIA MUDA HANYA SEKALI.

Yep, just once. Maka manfaatkan betul2 ! huhu.. Orang selalu gunakan phrase tu utk mentionkan “perlunya enjoy” di usia muda. Ye la, enjoy la. Sbb tu baik kawen, hahaa. Kalau nak berfoya2, berfoya2 ngan “bini” sndiri. Nobody’s gonna care. =p

Dia kata, orang lain habis beribu utk bertunang. Dia, tak sampai RM 50, huhu. Dia cuma bagi hadiah sebuah buku “Manhaj Aqidah ASWJ” by Ismail Omar (published by Sekolah Kiblah, Bangi). And plus, dia uruskan urusan peminangan secara SDN BHD ! Phew, huhuu.. Takde wakil, takde risik, takde rombongan blah3.. Seriusly, aku kena belajar ngan dia ni.. kwang3… =))

To my friend, (kalau mu baca ni, hehe):

“Aku respek sama kamu sgt2.. hehe.

Nak ucap “Selamat Pengantin Baru”, mcm lambat lagi ngan tarikh. Lepak dulu, hehe. Nnt dekat dah aku wish lagi, huhu..

Dah la.. penat je membebel. Esok ada kelas, ni nak azam baru utk sem baru.. haha. Yek2 je ada azam.. hark ptuih.. =p

Sekian, WA

Bro H : CoTu - Lord of Ramadhan

November 11, 2006 on 11:25 am | In Visitor's Feedback, Misc | No Comments

Salam

Merujuk kepada komen yg diterima dari Bro H di posting Debut du Ramadhan tempoh hari (maaf lambat reply, adesss.!!):

Salam.
Tanya sikit. CoTu kumpulan nasyid France ke? My brother downlaoad lagu “Lord of Ramadhan”, sedap jugak dengar. Kalau ye, boleh le WanG belikan CD dan hadiahkan kat ana;-)

Sy ada cek gak group tu dan lagu yg dimaksudkan. Jumpa la dekat youtube. Ni lagu yg dimaksudkan :

Huhu, best gak lagu ni.

Tp malangnya, bukan French mereka semua ni, tapi from Germany. Tak sangka, Germany pun ada group nasyid mcm ni. So, taleh la nak belikan CD utk bagi hadiah kat Bro H. Kena try cari kat auction Online la kot gamaknye.. ebay? huhu.

* Ada minah dalam video klip tu muka cam Betty Benafe sket.. haha

Sekian

(Takde yg menarik posting hari ini, huhu)

WA

Debut du Ramadhan 2006 / 1427 H

September 23, 2006 on 1:44 am | In myLife, Misc | 2 Comments

Salam Ramadhan buat semua pembaca myFikrah, pembaca setia (tak ramai), dan pembaca yg terkebetulan sampai ke website ini, dan sesiapa sahaja di luar sana yg beragama Islam. =)

First time Ramadhan di negara orang, kekok juga tadi. Kalut, esk ke lusa puasa ? (sabtu or ahad). Pi mai pi mai, alih2 Bos kitorang kat sini (super senior) kata, AHAD. Ok la, Ahad.

Tp, mcm tak meyakinkan sgt gak.

So, tadi baru jumpa yg meyakinkan, huhu. Sekali lagi thanx to Ada Apa Dengan France :

(selamat membaca lam French, hak3)

==========

Ce vendredi 22 septembre 2006, “Nuit du Doute“, le Conseil Français du Culte Musulman, réuni à la Grande Mosquée de Paris, déclare aux musulmans de France que le premier jour du mois de Ramadhan pour l’an 1427 de l’Hégire sera le dimanche 24 septembre 2006.

Nous implorons Allah pour qu’Il accepte notre jeûne et qu’Il nous comble de Sa Clémence et de Sa Miséricorde durant ce mois béni du Ramadhan.

Paris, le vendredi 22 septembre 2006
Président du Conseil Français du Culte Musulman
Dr. Dalil BOUBAKEUR

===========

Faham ? hehehe..

Tak penting pun. Yg penting, dia cakap puasa hari Ahad, huhu..

WA

3.43 am
23 Sept 06

Thaksin Digulingkan ?

September 20, 2006 on 9:37 pm | In Misc | No Comments

Salam,

Sekali lagi aku terlewat mendapat berita. Dasar tak update langsung, huk3.. =(

Kwn aku terbuka paper semalam, dan terus dapat info pasal ni. Isy3.. Dasat2.. hehe

Petikan Utusan :

BANGKOK 19 Sept. – Suasana politik tidak menentu menyelubungi Thailand khususnya di kawasan Bangkok berikutan pihak tentera mengambil alih kawalan ke atas Pejabat Perdana Menteri lewat malam ini ketika Perdana Menteri Thaksin Shinawatra berada di luar negara.

Para saksi di luar bangunan kerajaan di tengah Bangkok berkata, tentera yang setia kepada komander tentera yang ‘dipecat’, Lt. Jen. Sonthi Boonyaratglin, mengambil alih kawalan bangunan itu dalam rampasan kuasa yang desas-desusnya telah kedengaran sejak minggu lalu.

Kata Sonthi, rampasan kuasa diadakan selepas kerajaan demokrasi menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat Thai.

Thaksin yang sepatutnya berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) esok dijangka mempercepatkan ucapannya hari ini bagi membolehkan beliau kembali ke Bangkok.

Ketika mengikuti ucapan Presiden George W. Bush di PBB hari ini dari hotel penginapannya, Thaksin kelihatan tenang dan menganggap beliau masih Perdana Menteri Thailand.

Sumber kerajaan Thai berkata, Thaksin sedang menimbang untuk memendekkan lawatan beliau.

“Beliau sedang merancang untuk meninggalkan New York secepat yang mungkin,” kata sumber Thai itu di New York.

Setiausaha Tetap di Pejabat Perdana Menteri, Peeraphan Prembhuti berkata, jika rampasan kuasa adalah benar, beliau menjangkakan peralihan kuasa yang teratur.

Dalam pada itu, komander-komander tentera yang setia dengan Thaksin mengadakan perbincangan krisis di luar Bangkok hari ini selepas pengumuman rampasan kuasa diumumkan.

– AFP

Sumber : KLIK

Di sini pula ada disiarkan clips video dari TV1. Huh, lama gak rasanya aku tak dengar suara Farid pengulas Berita Dunia TV1 ni.. huhu. Bukan aku rindu dia, tapi rindu kepada “suasana” tu.. =’(

Klik Di Sini

=========

Huh, mudah2 an takde la berlaku benda2 mcm ni kat Malaysia. Kang tak pasal2 biasiswa kena tarik, uhuk ! na’uzubiLlah.. wuwu

11.34 pm
20 Sept 06

Akhbar yg hampeh

September 17, 2006 on 9:26 pm | In Misc, + myFiKrah + | No Comments

Salam,

Aku ni nak kira takde la sentiasa membaca berita2 terkini tentang isu2 yg berlaku di Malaysia. Tapi setakat isu Siti Nurhaliza kahwin dengan Dato K tu, tahu la juga. Mana tidaknya, aura sampai ke sini, SMS dihantar semata2 nak bagitau : Weh, Siti dah kawen..

Ok la, fine. Tak kisah.

Tapi bila sampai dah jadi macam ni, aku rasa media kita dah lebih. Ni aku terjumpa dalam blog Syazwan, Ada Apa Dengan France (AADF), petikan dari paper Malay Mail :

Entah Apa Nak Jadi MEDIA Kita..

(Aku tak nak tunjuk gambar tu kat sini, tak sanggup.. MALU ngan sikap wartawan Malaysia)

Ape kes ni?

Aku rasa mcm dah takleh tahan sangat. Ape la sangat bongok media kita. Cerita love bite pun ingin dijaja. Dah ketandusan cerita sangat ke nak dibuat berita? Haprak, wal hampes. Bangang tak ingat. Aku geram ni..

Biar la dia kawen dan hidup bahagia suami isteri. Apa kehal cerita yg kita isytiharkan sebagai “KISAH DI SEBALIK TABIR” pun nak dibuat cerita ? Wartawan pun sama, 2 x 5. Mcm ni ke Malaysia ? Isu sampah jugak yg suka dijaja.. ceh

Huh.. ntah apa2..

2 theme dlm seminggu ~

August 15, 2006 on 2:12 am | In Misc | No Comments

Huh…

2 “themes” dlm tempoh seminggu ! ahakss

Masa mula2 buat blog ni, aku cari la koleksi theme “percuma”, yg lawa2. Akhirnya jumpa la theme “Orange Sky” ni,yg aku tengok mcm menarik pada awalnya. Lagipun theme tu dapat anugerah Honorable Mention dlm “WordPress Theme Competition ‘05″.

Rasanya ramai yg tak sempat tengok kot. So ni screenshot theme lama :

Screenshot

Tp lepas hampir seminggu, godek menggodek dan banyak benda lain yg dah dimasukkan utk theme tu, rasa mcm tak menarik pulak. Pening, berbelit, agak leceh utk uruskan theme editornya (tambah aku sendiri yg masih newbie dengan php, adess). Akhirnya aku “jatuh chenta” pula dengan theme Pool yg sedang digunakan sekarang ni. Simple, ringkas, cool dan nampak selesa. Dan yg paling penting, warna kegemaran aku ! =)

Lepas ni rasanya aku tak tukar dah kot.. maleh dah nk “bergelumang” ngn dunia coding php Word Press.. huhu.

Lagi info terkini : Proses nak memasukkan link akan mula dibuat. Kalau ada website2 @ blog2 anda yg ingin di”link” kan ke MyFikrah, sila maklumkan kepada sy ;)

WA

4.01 am
15 August 06

Muqaddimah

August 5, 2006 on 4:36 am | In Misc | 2 Comments

BismiLlah…

AlhamduliLlah, hari ini - 6 Ogos 06, sejurus selepas Subuh, maka aku secara rasminya mula menulis dlm blog yg baru ni. Ada la dlm seminggu lebih dok godek2, urus pasal hosting + domain dll.. leceh jugak rupanya buat benda2 alah ni ek.. huhu, baru aku tau. 

“Bye² Blogdrive !” hehe..

Mungkin ada yg tanya : Kenapa pindah ?

Aku rasa, aku pun tak tahu nak jawab apa.. hurmm..

Yg penting, aku tetap aku. laman ni tetap merupakan milik org yg sama dengan myFiKrah yg dulu. Sekadar beralih ke “rumah” yg baru. Cuma pastinya, bila berada di rumah baru, sudah tentu kita akan cuba utk “menghiasi” dan “MENGISI” rumah tersebut dengan sebaik mungkin, sekadar kemampuan yg kita ada. Maka begitu juga lah ceritanya dengan blog ni..

Terima kasih kepada Md Pai yg telah banyak memberi tunjuk ajar.. hehe..

Semoga myFiKrah versi ke-2 ini akan lebih bermanfaat, utk diri sy sendiri, dan utk anda semua. Sebarang cadangan, komen dan pertanyaan, amatlah dialu2 kan. Sila hubungi sy di : myfikrah@wan-gv2.com .

Sekian,

WA

5.24 am
6 Ogos 06


Powered by WordPress with Pool theme Modified & Edited by Wan 'G' v2.
Entries and comments feeds. Valid XHTML and CSS. ^Top^