A Few Notes

May 19, 2007 on 12:58 pm | In Edisi Merepek, myLife, Misc | No Comments

Salam,

Lupa nak bgtau dlm post yg before ni.

(Well, instead of just editing that post, I make a new post, supaya nampak mcm banyak sket aku update blog, hahahaa)

1. Aku guna shoutbox baru. Mcm hampeh je yg lama. Server asyik buat hal je. Aku tak tau la kalau korang bleh bukak @ view shoutbox tu. Tp aku mmg tak leh nampak dan takleh tengok pun. Asyik keluar Error Server Connection tu je. So dengan shoutbox baru ni, dipersilakan sapa2 nak jerit sepuas2nya kat situ, huhu. Jgn SPAM, sudah..

2. About JellyFish yg Sdri Sharzwin tanya tu, I’ll try to give the answer as soon as I could. =)

3. Err.. takde dah yg ketiga. Ada 2 je ye cik Abg dan cik Akak semua.. huhu

WA

Selamat Pengantin Baru

May 19, 2007 on 12:46 pm | In Edisi Merepek, myLife, Misc | No Comments

BismiLlah,

Dah berbulan2 aku tak update blog ni. Sindrom atau penyakit “malas” ni, memang musuh utama la kepada semua orang, huhu.. Dan aku akui, aku tak terlepas dari turut sama terkena virus penyakit ni, adeh..

Hari ni 19 June, sahabat baik yg aku mentioned kan di sini akan menempuh tarikh bersejarah lam hidupnya. Aku di sini dengan sedih dan sayunya hanya mampu mengucapkan dari jauh :

Salam Pengantin Baru dan Semoga Berbahagia Selalulah Hendaknya Hingga Ke Anak Cucu…

Nampak cliché sgt la pulak ucapan aku tuh.. huhu. But honestly, aku ketiadaan idea utk cari ayat2 yg best tapi jarang digunakan, sbb “member kahwin” is not the most popular event in my personal own wish list.. huhu. Hampeh sbb aku tak dapat hadir.. Tp nak wat camne. Tunggu je lah hadiah yg “Made in France” dari aku nanti ye..? huhu..

Oh by the way, aku akan blk ke Malaysia nanti.. err.. tak lama dah (huuraaayy !). To be precise, on 29 June, from Nice to Zurich, and transit naik MAS kat situ utk direct ke KL. Scheduled akan sampai di KL on the 30 June, 6.15 am. Dan tanpa belas kasihan langsung daripada sahabat2 ku di Kelate sana, hari tu jugak dirancangkan utk buat satu Reunion* utk ex-SMKATIAN di area Bachok. Maka terpaksalah aku terus melupakan hasrat utk berbulan madu (?) di KL dulu barang sehari 2 sblm balik Kelate, mwahahaha.. - Kidding.. =p

Kejap lagi kot aku beli tiket KL - KB.. fuh.. penat2. Sampai di KB, balik rumah, terus kena gi ke Reunion. Harapnya ramai la yg hadir, baru berbaloi… huhu..

IUT (Uni aku) tempat aku belajar ni, agak dekat ngan Airport Nice. So tiap2 hari ada kapal terbang lalu yg membuatkan aku rasa masa tu cukup slow berlalu.. hahaha. Menguji kesabaran betul la.. huhu.

Lama betul tak update blog. Bukan takde benda utk ditulis, cuma setakat pengetahuan aku, pakar2 perubatan yg ada sekarang masih belum menemui ubat atau pun vaksin bagi mencegah penyakit malas ni. Maka aku terpaksa bersabar hingga ada penemuan2 baru dari kajian2 mereka yg ahli dalam bidang ini, mwahaha..

Makin lama belajar kat sini, makin aku menyedari betapa tinggi rendahnya langit tu (err.. sebelum ni pun dah tau, cuma saje nak kasi gempak sket ayat, hak3). Susahnya hai nak maintain result. Huh, dah la.. takmo dah cerita pasal ni. Bikin rasa susah hati je.. huk3.

Entah apa la aku membebel kat post ni pun aku tak tahu.

Dlm kepala aku skarang, tengah countdown hari je. Tunggu 29 June… huhuhu..

Exam? Erk.. !! (sambil lagu “Que sera sera” ** perlahan2 mengiringi latar belakang pentas… oh..=p)

Sekian dulu ya, kita jumpa lagi di lain posting (yg aku tak tahu bila, mungkinkah 2 3 bulan lagi? mwahhaha..). Aku nak gi beli tiket flight KL - KB lak ni, huhu..

Wassalam

NOTE :

* = Reunion ni lam French maksud dia mcm “meeting” la. So perkataan yg sgt dinanti2kan oleh kami keluar dari mulut para lecturer. Umpama sekumpulan student budak sekolah rendah mahu pun menengah yg sering menantikan para gurunya terpaksa HADIR MESYUARAT ! hahaha.. =p

** = “Que sera sera” ni lam French maksud dia “whatever will be will be”. So the next line dlm lagu tu mmg membawa maksud translation kepada tajuk lagu tu la. Err, tak penah dengar lagu “Que sera sera”?? Shame on YOU !! hehe.. =p

19 May (Tarikh bersejarah buat Che Lie, hehe)
2.40 pm

musang berapi =p

March 2, 2007 on 11:38 pm | In Edisi Merepek, myLife | No Comments

Salam,

Aku hilang mood nak menulis kebelakangan ni. Dan makin hilang juga skill menulis (pernah ada skill ke? haha)..

Dlm seminggu 2 ni, dok berperang dengan sejenis virus ni. Grrr.. liat betul nak hilang. Aku lak malas nk format komputer, leceh.. huhu. Dah la antivirus pakai AVG Free Edition tu je, wakakaka. Selama ni pakai IE je. Tapi memandangkan serangan virus tak henti2 ni, aku rasa nak patuh jap kepada nasihat para otai supaya menggunakan Musang Berapi (Mozilla FireFox) yg katanya bebas dari serangan virusss.. huhu.

Rasanya ni first time guna Musang Berapi masuk blog aku sendiri. So baru perasan banyak alignment yg lari sket kat sidebar tu. Aduuh.. malas nye nak godek balik, huk4.. Buat bodoh je laa. haha

Skarang tengah cuti, cuti sempena apa tah. Tp yg penting nya cuti seminggu. Seminggu mcm lama, tapi rupanya kejap. Lusa dah abes, waaaaa =((

Then minggu depan start exam yg berminggu2 tu.. nightmare betul.. huk3..

==========

BTW, semua (errr semua ke?) budak NICE dah beli tiket balik Msia, (termasuk aku - antara yg terawal, wakakaka!). Best3.. huhu.

K la, aku skadar menulis demi menunaikan nafkah tanggungan aku terhadap blog ini, hahaaha.

Wassalam

New Sem is coming ! - Ada orang nak kawen, hehe

January 22, 2007 on 12:17 am | In Edisi Merepek, myLife, Misc | 5 Comments

BismiLlah…

It has been a while since the last time I updated this blog. Phew.. what a busy week I’ve been through. For the first time ever since I came here, we got a full week scheduled with exams, yes - our Final Exams. It sounds weird eh, most colleges, Unis have their final exams before the holiday. But here, holiday first, then exams. Huhu.. How was it? Err.. catastrophic ! maaaakk !!

Wuwuwu..

Hope they were not that bad << ayat nak sedapkan hati, huhu..

Tomorrow we are going to officially enter the second sem. Same hope, same attitude, heh? haha..

==========

Last week, I met my friend - my best buddy. Met? err.. virtually, huhu - via YM. And after a quite long time didn’t hear anything from him, suddenly he told me that he’s going to get married !

WOOOOWW !!

First impreesion : WOW

Second impression : Bagus lah.. =)

He’s 21, same with me. Yes, a student - doing Engineering in IIUM (UIAM). His wife, ops..his wife-to-be, (huhu) is from Perak. But bad news, he told me that the date planned on this May. Isk.. I wish I would be in Malaysia already at the time. Em, impossible though.. =(

I don’t want to go into the details, hehe. But he really surprised me.

I just could imagine me myself saying a line like this :

Mak, orang nak kawen…

Mwahahahahahahahaha.. ! (rasa nak gelak guling2), huhuhu..

Tp kan, bagus apa. And one thing for sure, aku betul2 respek dengan dia. This should be a good example to me to all loving couples out there. Jgn bazirkan usia muda. Meminjam kata2 yg popular :

USIA MUDA HANYA SEKALI.

Yep, just once. Maka manfaatkan betul2 ! huhu.. Orang selalu gunakan phrase tu utk mentionkan “perlunya enjoy” di usia muda. Ye la, enjoy la. Sbb tu baik kawen, hahaa. Kalau nak berfoya2, berfoya2 ngan “bini” sndiri. Nobody’s gonna care. =p

Dia kata, orang lain habis beribu utk bertunang. Dia, tak sampai RM 50, huhu. Dia cuma bagi hadiah sebuah buku “Manhaj Aqidah ASWJ” by Ismail Omar (published by Sekolah Kiblah, Bangi). And plus, dia uruskan urusan peminangan secara SDN BHD ! Phew, huhuu.. Takde wakil, takde risik, takde rombongan blah3.. Seriusly, aku kena belajar ngan dia ni.. kwang3… =))

To my friend, (kalau mu baca ni, hehe):

“Aku respek sama kamu sgt2.. hehe.

Nak ucap “Selamat Pengantin Baru”, mcm lambat lagi ngan tarikh. Lepak dulu, hehe. Nnt dekat dah aku wish lagi, huhu..

Dah la.. penat je membebel. Esok ada kelas, ni nak azam baru utk sem baru.. haha. Yek2 je ada azam.. hark ptuih.. =p

Sekian, WA

Spam.. spam.. spam..

December 31, 2006 on 7:44 pm | In Edisi Merepek, myLife | No Comments

Salam ‘Eid al-Adha

Eid Mubarak, ameen.

==========

Blog aku ni, pantang tak jenguk 2 3 hari, penuh bersepah comments SPAM yg ntah apa2. Porn la, sex la, ntah ape2 laa.. byk laaa .. sakit mata betul tengok !

Aku dah guna Akismet Plugin, tp rupanya tak berapa berkesan. Ada jugak yg terlepas tak sempat ditapis. Hurmm..

Ada idea plugin mana lagi best?

Huhu…

========

Sekarang, waktu aku menulis ni, waktu Malaysia, maka aku dah genap berumur 21 tahun secara officialnya. Hoho..

21 –> Dewasa
21 –> Dah leh ngundi ( nak undi ape ek? haha )
21 –> Kena renew lesen memandu ? Arrghh !!
21 –> Aku kena sampai di Hawaii sebelum umur 22 ! oyeh !

21 –> Dah leh kawen kan? huhu.. errr ?

Papepun, Happy Birthday utk diri aku sndiri seadanya..

=)

Wassalam

Cuti ?

December 26, 2006 on 9:33 pm | In Edisi Merepek, myLife | 3 Comments

BismiLlah…

Kamera aku hilang.. sob3.. =(

Nikon Coolpix P1
Info

Bye2 kamera kuu.. huk2..

Nilah akibatnya turun bas dlm keadaan tergopoh gapah. Alkisahnya aku tertidur dlm bas. Kemudian bila sampai kat tempat yg nak berhenti tu, tergopoh gapah gak la nak turun, sbb bas hanya berhenti tepi jalan, bukan di stesen. Turun je baru teringat.. ARGHH !!!

Pastu telefon senior, ajak kejar. Tp senior baru bangun tido. Huk3.. Bersiap2 kejap, ada la dlm setengah jam juga. Pastu cari di stesen bas, dah takde. Pergi di office bas, tutup. Maklumlah, Noel a.k.a. Krismas. Telefon, tak angkat jugak..

Hari ni usaha lagi. Telefon office, dia suh telefon office satu lagi pulak. Aku cuba call satu hari suntuk, takde orang angkat. Pastu aku pergi la ke office bas tu, dia kata “bukan kat sini, kena call nombor ni” - dia pun bagi la nombor.

Sekali aku check nombor, semua nombor nak sama dah dengan nombor yg mamat pagi tadi bagi except 2 nombor ni.

Citenya gini.

Masa mamat pagi tadi bagi nombor dalam telefon tu, dia ckp cepat2. Pastu aku suruh la dia ulang banyak kali, sbb aku kadang2 slow lagi nak tangkap nombor dlm French (adeh !). Masa aku tak dapat tangkap sangat 2 nombor kat tengah2 ni, dan dia pun dah ulang 2 3 kali, pastu dia pun ckp la dlm English “Eighty-one”..

Iklan :

Kat France, nombor telefon mereka memang dibaca 2 by 2. Contoh nombor telefon aku kat sini 0684801182, maka dibaca 2 by 2 jadi gini : 06.84.80.11.82 (kosong enam - lapan puluh empat - lapan puluh - sebelas - lapan puluh dua).

Poyo je nak cakap English. Sebenarnya bukan 81, tapi 41 ! Aduhaii…

Pastu bila call, dia kata takde. Mmg tak ada. “Pada pendapat sy, kamera awak dah hilang”..

Huhu.. terkedu gitu je la.. nak wat camne.. Redha dan pasrah, di samping belajar dari kesilapan. Maybe aku fobia kot nak beli kamera lain lepas ni, hahaha. Dulu beli kamera tu kat sini 299 euro, tak termasuk memory card. Mamat yg kebas kamera tu pun mcm la boleh guna sgt, sbb kamera tu guna Li-ion Battery EN-EL8 yg pakai charger khas utk model kamera tu. Tak tau la kalau dia semangat nak gi cari n beli charger baru.. susah gak nak jumpa tu.

Tadi tengah2 kuciwa, ada pulak senior ajak gi main snowboard esok.

Tak mo aku gi. Tengok salji yg lawa, kang teringat kamera lagi.. waaaa.. !

Sekian edisi sadis - Tradegi di hari Krismas 06, huhuu..

WA

5 Hari di Pariss..

November 5, 2006 on 5:06 pm | In Edisi Merepek, Edisi Warna Warni, myLife | 4 Comments

BismiLlah..

5 hari di Paris, satu percutian yg boleh la dikatakan memuaskan. Kalau rating 10 bintang, rasanya aku boleh bagi 8 kot, hehe.

Di Paris, suhu lebih sejuk dari Nice yg lokasinya di bahagian selatan France. Sejuk pun, hakikatnya baru sekitar 10 degree. Belum masuk winter lagi. Dulu masa di Malaysia, bukan main lagi seronok konon nak rasa main salji. Pastu bila datang Nice, dikhabarkan yg Nice takde salji, tak cukup sejuk even waktu winter. Masa tu mcm dah mula rasa kecewa, sbb tadak salji. Kena naik kat atas sket, belah2 Alpes (dalam sejam dari Nice) baru jumpa salji. Tp sekarang, baru hujung2 autumn, belum masuk winter, dah rasa sejuk macam celaka dah, wakaka.. Rasa bersyukur lak salji tadak kat Nice.. huhu

Local Temperature Paris

Banyak la juga tempat yg kitorang gi. Paris ni antara tarikan dia ialah banyaknya muzium yg ntah apa2. Antara yg terkenal, Muzium Louvre, tempat letak lukisan Mona Lisa tu.

Entrance Louvre

Kitorang pergi la… Continue reading 5 Hari di Pariss…..

Hari Raya 06

October 29, 2006 on 12:47 am | In Edisi Merepek, myLife | No Comments

BismiLlah,

Lambat la pulak aku update utk wish raya, huhu..

Dengan kawan2 aku, bila bermesej, berYM, SMS ke ape ke, mesti akan tanya, “Camne raya kat sana?”

Huhu, takde la aku salah kan mereka utk soalan sama yg berulang2 tu. Itu perkara common la. So meh nk tulis kat sini je, senang. Bila ada yg tanya lagi, aku bagi link je.. hehe

=========

Malam Raya

Ahad - malam, dengan sangkaan bahawa Raya pada hari Selasa (sama mcm Malaysia), maka takde la terasa excited atau teruja atau lain2 perasaan lagi. Kitorang mcm prepare juga utk solat terawih mcm biasa, utk malam yg terakhir Ramadhan tahun ni.

Tp tetiba terkejut bila tengok ada sorang kawan aku (kat France jugak) buat status kat YM : ESOK RAYA.

Korek2, tanya2, selidik2,.. katanya dengar dari jiran. Jiran dia kata dengar dari Radio. Err, tak yakin lagi. Pastu call Ambassade (”Kedutaan” - sorry la, ejaan perkataan French, hehe) utk confirmkan. Mula2 call, derang bagitau yg SELASA raya, bukan Isnin. Oho, maka kitorang pun taknak la memandai2 lagi, sbb yg bgtau tu kedutaan sendiri.

Pastu borak lagi, … Continue reading Hari Raya 06…

Salam ‘Eid al-Fitri

October 22, 2006 on 12:29 pm | In Edisi Merepek, myLife | 3 Comments

Bismillah,

Rekod, sebulan aku tak update blog. Mula dari malam nak puasa, hingga la sekarang, malam nak raya, huhuu..

Life sgt bz sekarang. Test dan exam menimpa2… huk3, tiap2 weekend akan ada satu paper. Mati laa..

Jadual Exam

Almost every week, until the end of this sem (Jan 07), kitorang akan ada exam..

Even esok lusa nak raya, ada test Math. Ada yg mencadangkan, ponteng laa.. pergi solat Raya. Ponteng kelas, bermakna aku akan ponteng test? no.. no… no..

Nak raya, first time tanpa suasana “raya”… huhu..

Nanti la lain kali blog ni aku update bersama dengan benda2 yg lebih menarik, views, critics, gmbar2 ke.. huhu. Hari ni mcm tak berapa menyempat. Luangkan masa kejap utk tulis seperenggan 2.. cukup la, huhu.

Okeh,

Salam ‘Eid buat semua.. =)

Sekian

WA

2.28 pm
22 Oct 06

Debut du Ramadhan 2006 / 1427 H

September 23, 2006 on 1:44 am | In myLife, Misc | 2 Comments

Salam Ramadhan buat semua pembaca myFikrah, pembaca setia (tak ramai), dan pembaca yg terkebetulan sampai ke website ini, dan sesiapa sahaja di luar sana yg beragama Islam. =)

First time Ramadhan di negara orang, kekok juga tadi. Kalut, esk ke lusa puasa ? (sabtu or ahad). Pi mai pi mai, alih2 Bos kitorang kat sini (super senior) kata, AHAD. Ok la, Ahad.

Tp, mcm tak meyakinkan sgt gak.

So, tadi baru jumpa yg meyakinkan, huhu. Sekali lagi thanx to Ada Apa Dengan France :

(selamat membaca lam French, hak3)

==========

Ce vendredi 22 septembre 2006, “Nuit du Doute“, le Conseil Français du Culte Musulman, réuni à la Grande Mosquée de Paris, déclare aux musulmans de France que le premier jour du mois de Ramadhan pour l’an 1427 de l’Hégire sera le dimanche 24 septembre 2006.

Nous implorons Allah pour qu’Il accepte notre jeûne et qu’Il nous comble de Sa Clémence et de Sa Miséricorde durant ce mois béni du Ramadhan.

Paris, le vendredi 22 septembre 2006
Président du Conseil Français du Culte Musulman
Dr. Dalil BOUBAKEUR

===========

Faham ? hehehe..

Tak penting pun. Yg penting, dia cakap puasa hari Ahad, huhu..

WA

3.43 am
23 Sept 06

Next Page »


Powered by WordPress with Pool theme Modified & Edited by Wan 'G' v2.
Entries and comments feeds. Valid XHTML and CSS. ^Top^