Hukum Berkaitan Nazar

June 24, 2007 on 1:33 pm | In Quran & Sunnah, myQalam, + myFiKrah + | 1 Comment

BismiLlah,

Ada seorang sahabat bertanyakan kepada sy tentang NAZAR. Utk lebih detail
sedikit, situasi nya ialah dia telah bernazar : Jika aku hisap rokok, aku
akan puasa sehari
. Nazar ini merupakan kesinambungan dari usaha dia utk
berhenti dari merokok.

Masalah timbul bila, nazar itu dirasakan susah utk ditunaikan, dan menyusahkan.

Hmm..

(Tu la, sape suh nazar, hehe)

Nazar itu sendiri pada hakikatnya tidak digalakkan. Ia bagaikan suatu janji utk
melakukan sesuatu ibadah dengan BERSYARAT. Itu kalau Nazar utk melakukan
ibadah lah. Kalau yg nazar botakkan kepala la, nazar tak nak makan daging la, ikan
dll, itu kes lain pulak.

Cth : Jika aku dapat bla bla bla, aku akan puasa sehari.

Kena tunggu dapat bla bla bla itu dahulu, baru nak puasa. Sepatutnya puasa itu
dilakukan tanpa ada syarat, ikhlas kerana Allah.

Namun jika dah bernazar, maka nak tak nak, terpaksalah pula ia DITUNAIKAN.

Secara ringkasnya :

==========

1. Definisi Nazar :

"Iaitu seseorang yang bertanggung jawab memberi komitment dirinya
melakukan sesuatu yang tidak lazim (wajib) didalam syara’"

Contoh yang diberikan oleh Ibn Qudamah rh :

"Jika seseorang telah melakukan Nazar, menghalang dirinya atau orang lain
melakukan sesuatu, atau membuat dirinya melakukan sesuatu - misalnya : "Jika aku
bercakap dengan Zayed, maka aku kena pergi Haji, atau memberi harta ku kepada
kebajikan, atau berpuasa satu tahun"; maka ini dikatakan Nazar."
(al-Mughni
13/461)
.

2. Hukum Asal melakukan Nazar :

Nabi saw memerintahkan umatnya menjauhi Nazar. Sabda Nabi saw :- dari Ibn Umar
ra. berkata :-

"Nabi saw melarang melakukan Nazar dan bersabda : Sesungguhnya ia tidak akan
mengubah sesuatu, malah dia membuat mereka yang rugi memberi sesuatu."

[Hadith Riwayat al-Bukhari #6608 dan Muslim #1639].

Dari Ibn Umar ra. berkata :

"Nabi saw melarang dari bernazar, sabda baginda : Sesungguhnya ia tidak akan
mengubah apa-apa, malah ia adalah satu cara mendapatkan kebajikan dari orang
yang bakhil"

[Hadith Riwayat al-Bukhari #6234 dan Muslim #1639]

Ada dikalangan ulama’ seperti Syiekh Ibn Taimiyah rh. mengatakan bahawa hukum
bernazar ini haram. Akan tetapi jumhur ulama’ mengatakan bahawa bernazar
ini hukumnya Makruh.

3. Apa yang perlu dilaku setelah bernazar :

Barangsiapa yang telah bernazar hendaklah dia tunaikan. Sabda Nabi saw :-

"Barangsiapa yang bernazar untuk ta’at kepada Allah, maka biarkan dia
menta’atinya"

[Hadith Riwayat al-Bukhari #6318]

Mereka yang bernazar mempunyai 2 pilihan :-

a. Meneruskan untuk menunaikan Nazar tersebut.
b. Membatalkan nazar dan dikenakan Kafaarat Yameen
(lihat no:5)

4. Bernazar melakukan perkara yang haram/berdosa :

Contohnya : Kalau aku gagal ujian, aku tidak akan berpuasa Ramadhan. Puasa
didalam bulan Ramadhan adalah wajib.

Sengaja membatalkan puasa hukumnya adalah Haram.

Jika seseorang bernazar melakukan dosa, perkara ini tidak dibenarkan,
malah dia hendaklah membatalkan nazar dan dia dikenakan kafaarat yameen kerana
membatalkan nazar (lihat no 5)

5. Membatalkan nazar - Kafaarat Yameen :

Hendaklah seseorang yang membatalkan nazar melakukan perkara berikut (kafaarat
yameen)
:-

a. Memberi makan kepada 10 orang miskin, atau
b. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin, atau
c. Membebaskan hamba.

Jika tidak mampu melakukan diatas, barulah berpuasa selama 3 hari. Firman Allah
swt :-

"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak
disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan
sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran
dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang
sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian
untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat
(menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang
demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah
(peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu
ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. "

[surah al-Maa’idah : 89]

Sekian, wassalam

===========

Dipetik dari al-Ahkam Online - Tn Hj Kamin
Edited & Kemas kini : Wan G

Kesimpulannya : Jauhkan lah dari bernazar, apatah lagi jika nazar itu utk
benda2 yg pelik2.

Sekian, WA

Tidak boleh HADIAH Arak

September 20, 2006 on 11:04 pm | In Qaul Ulama', Quran & Sunnah, + myFiKrah + | No Comments

BismiLlah,

Isu ni mcm dah lama. Tapi asyik terlupa. Tadi baru teringat. So sblm terlupa balik, baik tulis cepat2.. ahaks.

=========

alKisahnya, masa kitorang semua pergi “melancong” ke Pulau Corse 3 bulan lepas, sewaktu dlm kapal tu, ada la sorang kawan aku beli satu aiskrim tanpa cek aiskrim apa.

AlhamduliLlah, mujur sempat tersedar, rupanya aiskrim itu perisa WHISKY. Whisky = ARAK.

So, nak buat mcm mana? Harga pun boleh tahan juga mahal. Aiskrim ala Cornetto tu. Maka dia pun macam nak offer la kat sorang makcik ni, katanya daripada buang, baik bagi kat makcik tu.

Tp aku larang, sbb ia mmg dilarang juga dalam Syariat. Pasal arak ni, kita bukan saje dilarang minum, serba serbi lagi benda berkaitan dengan arak juga dilarang utk kita terlibat dengannya.

Continue reading Tidak boleh HADIAH Arak…

Bila kita Berkenduri…

August 21, 2006 on 11:39 pm | In Quran & Sunnah, + myFiKrah + | No Comments

BismiLlah…

Sama-sama kita renungkan hadith sahih berikut, diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra :

“Seburuk-buruk makanan ialah makanan walimah (kenduri kahwin) di mana yang diundang hanyalah orang-orang kaya saja sementara orang-orang yang miskin tidak diundang. Dan barang siapa yang tidak memenuhi undangan, maka berarti ia telah berbuat durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya”

[Sahih Muslim] - rujuk

Continue reading Bila kita Berkenduri……


Powered by WordPress with Pool theme Modified & Edited by Wan 'G' v2.
Entries and comments feeds. Valid XHTML and CSS. ^Top^