Debut du Ramadhan 2006 / 1427 H

September 23, 2006 on 1:44 am | In myLife, Misc | 2 Comments

Salam Ramadhan buat semua pembaca myFikrah, pembaca setia (tak ramai), dan pembaca yg terkebetulan sampai ke website ini, dan sesiapa sahaja di luar sana yg beragama Islam. =)

First time Ramadhan di negara orang, kekok juga tadi. Kalut, esk ke lusa puasa ? (sabtu or ahad). Pi mai pi mai, alih2 Bos kitorang kat sini (super senior) kata, AHAD. Ok la, Ahad.

Tp, mcm tak meyakinkan sgt gak.

So, tadi baru jumpa yg meyakinkan, huhu. Sekali lagi thanx to Ada Apa Dengan France :

(selamat membaca lam French, hak3)

==========

Ce vendredi 22 septembre 2006, “Nuit du Doute“, le Conseil Français du Culte Musulman, réuni à la Grande Mosquée de Paris, déclare aux musulmans de France que le premier jour du mois de Ramadhan pour l’an 1427 de l’Hégire sera le dimanche 24 septembre 2006.

Nous implorons Allah pour qu’Il accepte notre jeûne et qu’Il nous comble de Sa Clémence et de Sa Miséricorde durant ce mois béni du Ramadhan.

Paris, le vendredi 22 septembre 2006
Président du Conseil Français du Culte Musulman
Dr. Dalil BOUBAKEUR

===========

Faham ? hehehe..

Tak penting pun. Yg penting, dia cakap puasa hari Ahad, huhu..

WA

3.43 am
23 Sept 06

Tidak boleh HADIAH Arak

September 20, 2006 on 11:04 pm | In Qaul Ulama', Quran & Sunnah, + myFiKrah + | No Comments

BismiLlah,

Isu ni mcm dah lama. Tapi asyik terlupa. Tadi baru teringat. So sblm terlupa balik, baik tulis cepat2.. ahaks.

=========

alKisahnya, masa kitorang semua pergi “melancong” ke Pulau Corse 3 bulan lepas, sewaktu dlm kapal tu, ada la sorang kawan aku beli satu aiskrim tanpa cek aiskrim apa.

AlhamduliLlah, mujur sempat tersedar, rupanya aiskrim itu perisa WHISKY. Whisky = ARAK.

So, nak buat mcm mana? Harga pun boleh tahan juga mahal. Aiskrim ala Cornetto tu. Maka dia pun macam nak offer la kat sorang makcik ni, katanya daripada buang, baik bagi kat makcik tu.

Tp aku larang, sbb ia mmg dilarang juga dalam Syariat. Pasal arak ni, kita bukan saje dilarang minum, serba serbi lagi benda berkaitan dengan arak juga dilarang utk kita terlibat dengannya.

Continue reading Tidak boleh HADIAH Arak…

Kisah - Aku dan Kebab

September 20, 2006 on 10:45 pm | In Edisi Warna Warni, myLife | 4 Comments

BismiLlah…

Saje nak share. Kat sini kalau tak masak sendiri, mmg susah la nak cari nasi or something yg ala2 Malaysia. Tambah lak ngan isu “Halal Haram” masakan orang2 kat sini yg cukup melecehkan sesetengah dari kitorang. So antara option alternatif yg tinggal ialah - KEBAB.

Kebab ? Perhatian, ini bukan KEBAB mcm kat Malaysia tu, yg banyak jual kat pasar-pasar malam. Ni Kebab versi gergasi. Aku tak tau versi ni asal dari negara mana, tapi rasanya salah satu dari negara2 Arab ni la, Tunisie, or mungkin Turki. Yg pastinya, bukan Kebab Malaysia, hehe.

So, apa isunya ? Hehe, takde apa nak ditulis pun sebenarnya. Saje nak share gambar, huhu..

Continue reading Kisah - Aku dan Kebab…

Thaksin Digulingkan ?

September 20, 2006 on 9:37 pm | In Misc | No Comments

Salam,

Sekali lagi aku terlewat mendapat berita. Dasar tak update langsung, huk3.. =(

Kwn aku terbuka paper semalam, dan terus dapat info pasal ni. Isy3.. Dasat2.. hehe

Petikan Utusan :

BANGKOK 19 Sept. – Suasana politik tidak menentu menyelubungi Thailand khususnya di kawasan Bangkok berikutan pihak tentera mengambil alih kawalan ke atas Pejabat Perdana Menteri lewat malam ini ketika Perdana Menteri Thaksin Shinawatra berada di luar negara.

Para saksi di luar bangunan kerajaan di tengah Bangkok berkata, tentera yang setia kepada komander tentera yang ‘dipecat’, Lt. Jen. Sonthi Boonyaratglin, mengambil alih kawalan bangunan itu dalam rampasan kuasa yang desas-desusnya telah kedengaran sejak minggu lalu.

Kata Sonthi, rampasan kuasa diadakan selepas kerajaan demokrasi menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat Thai.

Thaksin yang sepatutnya berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) esok dijangka mempercepatkan ucapannya hari ini bagi membolehkan beliau kembali ke Bangkok.

Ketika mengikuti ucapan Presiden George W. Bush di PBB hari ini dari hotel penginapannya, Thaksin kelihatan tenang dan menganggap beliau masih Perdana Menteri Thailand.

Sumber kerajaan Thai berkata, Thaksin sedang menimbang untuk memendekkan lawatan beliau.

“Beliau sedang merancang untuk meninggalkan New York secepat yang mungkin,” kata sumber Thai itu di New York.

Setiausaha Tetap di Pejabat Perdana Menteri, Peeraphan Prembhuti berkata, jika rampasan kuasa adalah benar, beliau menjangkakan peralihan kuasa yang teratur.

Dalam pada itu, komander-komander tentera yang setia dengan Thaksin mengadakan perbincangan krisis di luar Bangkok hari ini selepas pengumuman rampasan kuasa diumumkan.

– AFP

Sumber : KLIK

Di sini pula ada disiarkan clips video dari TV1. Huh, lama gak rasanya aku tak dengar suara Farid pengulas Berita Dunia TV1 ni.. huhu. Bukan aku rindu dia, tapi rindu kepada “suasana” tu.. =’(

Klik Di Sini

=========

Huh, mudah2 an takde la berlaku benda2 mcm ni kat Malaysia. Kang tak pasal2 biasiswa kena tarik, uhuk ! na’uzubiLlah.. wuwu

11.34 pm
20 Sept 06

Tak habis2 pasal Babi

September 17, 2006 on 9:34 pm | In + myFiKrah + | No Comments

BismiLlah

Hari tu kecoh pasal isu roti High5, kononnya HARAM kerana dipercayai guna minyak babi. Kita ni sensitif, bunyi je babi, terus semua jadi kalut.

Maka tersebar la ke merata2 tentang perkara ni. SMS saling diforward2 kerana kononnya ingin “melaksanakan tanggungjawab menyebarkan maklumat kepada saudara seIslam”.

Tapi tak pernah ke dia terfikir tentang ayat surah al-Hujurat : 6,

“O ye who believe! If a wicked person comes to you with any news, ascertain the truth, lest ye harm people unwittingly, and afterwards become full of repentance for what ye have done.”

Kita tak sedar, yg untung akhirnya tokey2 Sykt Telekomunikasi Celcom Maxis ngn Digi tu. Waah, suka betul mereka dengan sikap rakyat Malaysia ni, suka betul forward mengforward khabar2 angin. Sampai aku kat sini pun dapat msg dari Malaysia, isy3..

Continue reading Tak habis2 pasal Babi…

Akhbar yg hampeh

September 17, 2006 on 9:26 pm | In Misc, + myFiKrah + | No Comments

Salam,

Aku ni nak kira takde la sentiasa membaca berita2 terkini tentang isu2 yg berlaku di Malaysia. Tapi setakat isu Siti Nurhaliza kahwin dengan Dato K tu, tahu la juga. Mana tidaknya, aura sampai ke sini, SMS dihantar semata2 nak bagitau : Weh, Siti dah kawen..

Ok la, fine. Tak kisah.

Tapi bila sampai dah jadi macam ni, aku rasa media kita dah lebih. Ni aku terjumpa dalam blog Syazwan, Ada Apa Dengan France (AADF), petikan dari paper Malay Mail :

Entah Apa Nak Jadi MEDIA Kita..

(Aku tak nak tunjuk gambar tu kat sini, tak sanggup.. MALU ngan sikap wartawan Malaysia)

Ape kes ni?

Aku rasa mcm dah takleh tahan sangat. Ape la sangat bongok media kita. Cerita love bite pun ingin dijaja. Dah ketandusan cerita sangat ke nak dibuat berita? Haprak, wal hampes. Bangang tak ingat. Aku geram ni..

Biar la dia kawen dan hidup bahagia suami isteri. Apa kehal cerita yg kita isytiharkan sebagai “KISAH DI SEBALIK TABIR” pun nak dibuat cerita ? Wartawan pun sama, 2 x 5. Mcm ni ke Malaysia ? Isu sampah jugak yg suka dijaja.. ceh

Huh.. ntah apa2..

Angan2 Hari Raya..

September 10, 2006 on 11:09 pm | In Edisi Merepek, myLife | No Comments

BismiLlah,

Nisfu Syaaban dah lepas. Bermakna tak kurang dari 15 hari lagi kita akan sama2 menyambut Ramadhan. Bagi aku, Ramadhan kali ini tentunya berbeza bila pertama kali menyambutnya di negara orang.

Di mana nak tarawih ? Hurm..

Alkisah, betapa advance nya budak2 Malaysia di sini, dah pun merancang aktiviti RAYA walau hakikatnya Ramadhan pun belum tiba lagi (aku pun, hehe..). Jadual IUT tahun ni berkebetulan menarik, bila bulan 10 nanti ada cuti sempena para Wali mereka (Saint @ Sainte). Cuma agak rugi sedikit sebab hari raya pertama, masih ada kelas, sbb cuti hanya bermula weekend minggu berkenaan. Tak boleh la nampaknya nak beraya pada hari raya pertama.

Di mana nak Solat ‘Eid ? Hurm..

Mulanya rancang, kalau cuti pada hari raya, ingat nak pergi London, raya kat Malaysia Hall ke, ada la jugak komuniti Melayu yg besar sikit. Tapi memandangkan tak bernasib baik, maka ada pula rancangan berikutnya utk jenjalan di Rome. Erk ? Rome ? Kita beraya, takkan nak gi jumpa Pope pulak kot (Vatican City) ? huhu. Ke, nak jenguk bangunan besar yg buruk (Colosseum) ? Adeh..

Di mana nak cari Melayu ? Hurm..

Maka rancangan dirombak. Fikir punya fikir, last2 amek keputusan pergi Paris. Kali ni tanpa banyak fikir sangat, terus beli tiket, since Easy Jet (www.easyjet.com) tengah offer skarang ni, huhu.

Tiket berharga : 70.98 euro (harga setelah diskaun, huhu)

Ticket Paris

Paris, hurm…

Kat mana nak cari suasana Raya ? Hurm…

Tak kesah la, nak raya mcm Malaysia, balik Malaysia la oi, haha.. Sekurang2nya, Paris ada Disneyland, heuheuheu..

WA

p/s : Countdown, menanti datangnya Ramadhan.. :)

8.27 pm
10 Sept 06

Islam di France : Muslim vs Mukmin

September 10, 2006 on 10:53 pm | In + myFiKrah + | 5 Comments

BismiLlah,

Solat di Padang
“Seorang Muslim sedang solat di padang bola. Solat lah di mana jua anda berada”

Di Eropah, antara negara yg memiliki statistik Muslim paling banyak, ialah France. Kenapa? Dari pemerhatian aku, antara sebabnya ialah faktor posisi France sndiri di Eropah ni. Yg memisahkan antara France dan negara2 Arab belah utara, cuma Laut Mediterannean sahaja. Tambah juga faktor politik, kolonisasi dll, menyebabkan populasi “bangsa ARAB” di France cukup ramai.

Tak kisah pasal tu.

Aku masih ingat, mula2 aku sampai di France, selalu je kedengaran dari mulut senior2 yg dah duduk sini lama tentang perangai buruk geng2 “BARA” (gelaran yg kitorang bagi kat ARAB - terbalik jadi BARA). Sikit2, BARA. Ada yg tak kena, “BARA punya kerja la ni”, “Ni mesti BARA”, bla2..

Aku heran jugak, dlm banyak2 org French, kenapa suka kutuk BARA ?

Lama kelamaan, aku sendiri mula dah nak ada perasaan mcm tu juga. Bukan nak kata semua ARAB kat sini perangai buruk, tapi kebanyakan yg perangai buruk tu, adalah BARA. Yg baik pun ramai, ramai je yg aku jumpa kat masjid baik2, peramah, buat kawan dll.

Tapi kalau jumpa kat tengah bandar, yg pompuan pakai seksi tak ingat dunia… Continue reading Islam di France : Muslim vs Mukmin…

Hari2 sebelum masuk SEM I…

September 5, 2006 on 4:07 am | In Edisi Merepek, myLife | No Comments

BismiLlah..

Lama dah tak merepek.. ahaks

Tamatnya exam Diplome de Langue (DL) Jumaat lepas, bermakna tamat la kursus bahasa kitorang selama 5 bulan di AF (bukan Akademi Fantasia, Alliance Francais). Esok, kitorang akan mula masuk SEM I pengajian di University - atau dengan nama lain nya memulakan “kehidupan yang ngeri”.

Lebih2 pulak aku bagi nama, hehe..

Tp bayangkan, kelas mula pukul 7.45 pagi, dan habis pukul 6 petang, setiap hari, break hanya waktu tengah hari sekejap, malah kadang2 Sabtu juga ada kelas, tak “ngeri” ke macam tu ? Agak2, university mana kat Malaysia pakai sistem macam ni, huhu. waLlahu a’lam, mudah2 an aku diberi kekuatan utk mengharungi “episod ngeri” yg akan bermula esok (Rabu).

Di Malaysia, adik aku - Helmi, hari ni sedang menghadapi hari kedua peperiksaan UPSR. Mudah2 an dipermudahkan segala urusan oleh ALlah. Mak aku kata, dia tak penah tak dapat 5A sepanjang tahun ni, wah, rekod bersih ni.. So mudah2 an, utk peperiksaan yg betul ni, dapat la jugak kekalkan rekod bersih tu.. =)

Chaiyyok !

Continue reading Hari2 sebelum masuk SEM I……

Menjawab Kekeliruan : Isu Babi

September 2, 2006 on 6:38 pm | In Visitor's Feedback, + myFiKrah + | 3 Comments

BismiLlah…

Sentuh BABI ?? Kena Samak ke Tak ?

Pada mulanya sy tak mahu menjawab isu ini. Kerana sy setuju, ia persoalan khilafiyah. Masing2 berhak ikut pendapat yg difikirkan benar. Di depan kita masih ada banyak keutamaan lain yg perlu sama2 kita fikirkan jalan penyelesaian. Berjidal soal khilaf, sampai bila pun tak habis..

Tapi sy rasa sy perlu ulas beberapa perkara di sini, utk mengelakkan kekeliruan, dan utk menyatakan pendirian sy berhubung soal ini.

Alkisah, di blog lama saya | http://wan-gv2.blogdrive.com | , sy ada menulis satu artikel tentang bagaimana seorang sahabat yg MENSERTU @ MENYAMAK handsetnya kerana was2 tersentuh dengan babi.

Continue reading Menjawab Kekeliruan : Isu Babi…


Powered by WordPress with Pool theme Modified & Edited by Wan 'G' v2.
Entries and comments feeds. Valid XHTML and CSS. ^Top^