- myFiKrah v2 -
O ye who believe! If ye will aid (the cause of) God, He will aid you, and plant your feet firmly. [Muhammad : 07]
Bab yg “Bocor” - Menyapu Khuf
November 23, 2006 on 6:27 pm | In + myFiKrah + | 1 CommentBismiLlah,
Antara bab yg penting dalam berwudhuk yg seringkali dilupakan dan tidak begitu diambil berat oleh kebanyakan kita pada hari ini ialah “Menyapu Khuf”.
Apa itu Khuf ? Khuf asalnya ialah istilah yg merujuk kepada kasut kulit yg dipakai oleh kaum Arab, yg menutupi bahagian kaki sehingga atas buku lali. Sy tidak pasti kenapa bab ini sering sahaja ditinggalkan, bagaikan “bocor” sahaja. Jarang sekali kita lihat dalam buku2 Feqh atau Fardhu Ain tempatan yg menceritakan bab ini. Malah tak kurang juga di kalangan para ustaz dan ustazah, jika ditanya berkenaan bab ini, ada yg tak mampu menjawab dan menghuraikannya dengan baik.
Padahal jika dilihat dalam kitab2 Hadith dan kitab2 Feqh tulisan para sarjana Islam sepanjang zaman, ada bab KHAS yg ditulis bagi menerangkan perkara ini. Mungkin banyak sangat air kat Malaysia kot..
========
Tak nak merepek panjang2. Jom kita sama2 hurai bab ini dengan lebih lanjut.
Apa itu Khuf ?
Dah tulis kat atas. =) Malah, termasuk dalam kategori SAPUAN KHUF yg dibenarkan juga, apa sahaja yg dipakai pada kaki, yg menutupi sehingga bahagian atas buku lali : stokin, sandal, but dll.
So ?
Ada orang memanggil ia sebagai satu alternatif kepada basuhan kaki. Namun sy lebih suka mengkategorikannya sebagai salah satu Sunnah Baginda SAW yg kita tak boleh abaikan begitu sahaja.
Penjelasan :
Anggota wajib bagi wudhu ada 4, sebagaimana menurut AQ : muka, tangan hingga ke siku, kepala, dan kaki. Dan dalam keadaan2 yg tertentu, bagi anggota kaki itu, ia boleh diganti dengan “menyapu khuf”. Ertinya, tak perlu basuh kaki, memadai dengan menyapu sahaja bahagian khuf berkenaan. Sy ulang : Menyapu, dan bukan MEMBASUH =)
Dalilnya :
Hamman radiallahu-anhu menerangkan: Pada satu hari Jarir membuang air kecil sesudah itu dia berwudhu’ semula. Maka beliau menyapu kedua belah kasutnya. Kerana itu orang yang menyaksikan berkata: Anda melakukan sebegini ? Jarir menjawab: Ya! Saya melihat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam membuang air kecil kemudian berwudhu’ dan menyapu di atas kasut yang menutupi kedua mata kakinya.
[Muttafaq ‘Alaih]
Mughirah bin Syu’bah radiallahu-anhu berkata: Aku bersama Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dalam suatu perjalan lalu dia buang air kemudian berwudhu’ dan mengusap di atas kedua kasutnya. Aku bertanya: Ya Rasulullah apakah engkau lupa ? Beliau menjawab: Bahkan engkau yang lupa; Dengan inilah aku diperintah oleh Tuhanku Azza waJalla.
[Riwayat Abu Daud]
Ada beberapa syarat kena check :
1. Sewaktu pakai kasut @ stokin berkenaan, hendaklah dalam keadaan suci - berwudhuk. Kemudian bila dah batal lepas tu, maka utk wudhu seterusnya, selagi kasut @ stokin berkenaan masih belum ditanggalkan : maka anda boleh memilih utk menyapu sahaja kasut @ stokin anda - tak perlu susah2 menanggalkannya.
2. Tempoh masa.
Bagi yg musafir - 3 hari 3 malam
Bagi yg bermastautin - sehari semalam
Dalil :
Khuzaimah ibnu Tsabit radiallahu-anhu berkata: Sesungguhnya pernah ditanya kepada Nabi sallallahu-alaihi-wasallam tentang menyapu dua kasut. Maka Nabi sallallahu-alaihi-wasallam menjawab: “Untuk musafir tiga hari tiga malam, untuk orang di kampung sehari semalam.”
[Riwayat Abu Daud]
Maksudnya, walaupun anda berada di rumah sekalipun, jika kaki anda itu ditutup selama tak lebih dari sehari semalam, anda boleh menyapu sahaja bahagian berkenaan. Utk musafir, 3 hari tempoh maksima. Syaratnya, tak leh tanggalkan kasut (atau stokin) berkenaan selama tempoh tersebut. Kalau tak, tak aci.. hehe.
3. Jenis kasut. Tak perlu sebijik macam kasut orang Arab zaman dulu (sbgmana yg pernah diceritakan kepada saya), jauh sekali nak kena brand tertentu, huhu. Memadai jika kasut berkenaan menutupi keseluruhan bahagian kaki yg wajib dibasuh ketika berwuduk. Kalau kasut tu jenis ala2 sandal ke, maka anda boleh memilih utk pakai stokin.
4. Tempat sapuan. Sapu tu bahagian atas sahaja. Dari depan, hingga ke bahagian belakang kaki (tumit). Bhgn bawah tapak kaki tak perlu disapu sama.
Dalilnya ialah hadith popular berikut :
Ali bin Abi Talib radiallahu-anhu menerangkan: Sekiranya agama itu menurut fikiran dan pendapat sudah tentu tapak kasut lebih patut di sapu daripada bahagian atasnya. (Akan tetapi) saya melihat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam menyapu bahagian atas kasutnya.
[Riwayat Abu Daud]
* Hadith ini sering dijadikan hujjah bahawa agama itu tak layak dinilai berdasarkan pendapat dan akal fikiran seseorang individu.
Adakah kena rata, diteliti setiap bahagian yg nak disapu dan sebagainya ? Tak perlu. Sapu aje - memadai dengan sekali sapuan yg cukup dicapai oleh jari2 anda. Bahagian ini tak diperincikan dalam nas, maka tak perlu kita rumit2kan.
5. Kalau dalam tempoh pemakaian khuf ni, anda berhadas besar. Maka tak aci dah. Kena bersuci dan amek wudhuk macam biasa. Sy ulang : HADAS BESAR, (bukan buang air besar - b**ak, huhu).
=========
Bab menyapu khuf ini merupakan sunnah yg sering diamalkan oleh Baginda dan para sahabat. Semua ulama ijmak - sepakat tentang kebolehan menyapu khuf sebagai ganti kepada basuhan kaki sewaktu berwudhu’.
Menurut Maulana Asri Yusuf, yg kata tak boleh sapu khuf ni, SYIAH aje.. sebabnya, SYIAH kata semua sahabat, (melainkan 3 @ 4 orang shj) dah murtad, maka mereka tak ambil hadith sapu khuf ini. Bagi mereka, sapu khuf ni tak ada pun diceritakan dalam AQ.
Itu Syiah, mereka karut.. *
Sapu khuf ini sangat relevan bagi mereka yg dalam perjalanan, yg berhenti sekejap2 sahaja utk menunaikan solat. Tak perlu bagi mereka tanggalkan kasut, memadai dengan menyapu sahaja. Juga kepada mereka yg berprofesyen seperti tentera yg mewajibkan mereka pakai but - susah nak buang. Kalau dok dalam hutan, tiba2 tiap kali nak solat kena buka kasut, penat lah kalau gitu. Islam itu mudah =). Juga kepada mereka yg tinggal di tempat2 sejuk. Kepada yg dah rasa, tahu la betapa sejuknya kalau kaki dibasuh, huhu. Ataupun, mereka yg kena amek wuduk hanya di sinki2 tandas awam, takkan kena bukak kasut, angkat kaki basuh kat sinki ? Contohnya seperti kami di sini. Nanti apa pula kata mamat2 French kalau tengok.
Kepada yg tak ada keperluan pun, menyapu khuf ini masih lagi suatu sunnah dari Baginda SAW. Sekali sekala, amalkan lah juga. Mari sama2 kita hidupkan sunnah yg sering dilupakan ini. =)
Sekian, mudah2 an bermanfaat.
WA
* Hurmm.. sekarang ni tengah kalut pasal isu sorang penulis sastera terkenal yg dikaitkan dengan Syiah.. aduhai Saleha betul la.. =p
7.15 pm
23 Nov 06

Hari2 Terakhir Syawal…
November 20, 2006 on 6:55 pm | In + myFiKrah + | 6 CommentsSalam,
Syawal makin meninggalkan kita pergi. Tahniah kepada yg sempat menunaikan puasa sunat Syawal 6 hari, dan jgn sedih kepada yg tidak sempat menunaikannya, mudah2 an tahun depan kita masih dikurniakan usia utk melalui edisi Ramadhan dan Syawal yg seterusnya.
Ada beberapa komen dan feedback yg sy terima, maklumlah, lama dah tak update blog ni, huhu.
Ada yg kata :
Rambut dah panjang eh sekarang ni ?
Errr.. huhu, a’a kot. Takpe, mama dan abah sy tak tahu =) Mahal la nak potong rambut kat sini. (alasan je sebenarnya tu, ahakss..) Nanti la, potong sket2 lagi, hehe.
Ada yg kata gak :
Eh, dah makin berisi eh sekarang ?
Erkk ?? Huhu.. err, ye gak kot. Maklumlah, tak sempat langsung nak aktiviti riadah sekarang. Pagi kelas lepas Subuh, balik hampir Isyak ! Lagipun, sy ada masalah lutut yg masih belum pulih. Nak main berat2 pun tak boleh sangat. Nak kata makan heaven hari2, tak jugak.. huhu. Orang bujang makan banyak mana sangat ye tak ? Kalau rajin, ada la makanan. Kalau malas, takde orang nak tolong masakkan, huhu.
Ada yg kata juga :
Dah lama tak ada update artikel2 “ilmiyah”..
Isk.. betul tu. Bukan tak nak update, masa tak berapa cukup. Tambahan pula artikel yg “berat” sket ni, selalunya perlukan idea, kajian2 dan semakan2 sedikit sebanyak, sekaligus kena lebih “gigih” menelaah. Tu yg tak berapa nak ada update. Kalau merepek2 sket sbanyak mcm yg sedang ditulis ini, boleh la juga curi masa 5 - 10 minit..
Anyway, sy tak akan berhenti menulis.. Sy akan terus menulis, sbb sy suka menulis =) Blog ini dah dibayar hostingnya utk 2 tahun, huhu.. takkan tak nak guna kot? ahakss..
Sy akan cuba utk update artikel2 yg “berat” sket pada masa2 akan datang. Kepada yg masih setia mengunjung, terima kasih diucapkan.. =)
Sekian,
WA
7.54 pm
20 Nov 06

Bro H : CoTu - Lord of Ramadhan
November 11, 2006 on 11:25 am | In Visitor's Feedback, Misc | No CommentsSalam
Merujuk kepada komen yg diterima dari Bro H di posting Debut du Ramadhan tempoh hari (maaf lambat reply, adesss.!!):
Salam.
Tanya sikit. CoTu kumpulan nasyid France ke? My brother downlaoad lagu “Lord of Ramadhanâ€, sedap jugak dengar. Kalau ye, boleh le WanG belikan CD dan hadiahkan kat ana;-)
Sy ada cek gak group tu dan lagu yg dimaksudkan. Jumpa la dekat youtube. Ni lagu yg dimaksudkan :
Huhu, best gak lagu ni.
Tp malangnya, bukan French mereka semua ni, tapi from Germany. Tak sangka, Germany pun ada group nasyid mcm ni. So, taleh la nak belikan CD utk bagi hadiah kat Bro H. Kena try cari kat auction Online la kot gamaknye.. ebay? huhu.
* Ada minah dalam video klip tu muka cam Betty Benafe sket.. haha
Sekian
(Takde yg menarik posting hari ini, huhu)
WA

5 Hari di Pariss..
November 5, 2006 on 5:06 pm | In Edisi Merepek, Edisi Warna Warni, myLife | 4 CommentsBismiLlah..
5 hari di Paris, satu percutian yg boleh la dikatakan memuaskan. Kalau rating 10 bintang, rasanya aku boleh bagi 8 kot, hehe.
Di Paris, suhu lebih sejuk dari Nice yg lokasinya di bahagian selatan France. Sejuk pun, hakikatnya baru sekitar 10 degree. Belum masuk winter lagi. Dulu masa di Malaysia, bukan main lagi seronok konon nak rasa main salji. Pastu bila datang Nice, dikhabarkan yg Nice takde salji, tak cukup sejuk even waktu winter. Masa tu mcm dah mula rasa kecewa, sbb tadak salji. Kena naik kat atas sket, belah2 Alpes (dalam sejam dari Nice) baru jumpa salji. Tp sekarang, baru hujung2 autumn, belum masuk winter, dah rasa sejuk macam celaka dah, wakaka.. Rasa bersyukur lak salji tadak kat Nice.. huhu
Banyak la juga tempat yg kitorang gi. Paris ni antara tarikan dia ialah banyaknya muzium yg ntah apa2. Antara yg terkenal, Muzium Louvre, tempat letak lukisan Mona Lisa tu.
Kitorang pergi la… Continue reading 5 Hari di Pariss…..


Powered by WordPress with Pool theme Modified & Edited by Wan 'G' v2.
Entries and comments feeds.
Valid XHTML and CSS. ^Top^
