- myFiKrah v2 -
O ye who believe! If ye will aid (the cause of) God, He will aid you, and plant your feet firmly. [Muhammad : 07]
Islam di France : Muslim vs Mukmin
September 10, 2006 on 10:53 pm | In + myFiKrah + |BismiLlah,

“Seorang Muslim sedang solat di padang bola. Solat lah di mana jua anda berada”
Di Eropah, antara negara yg memiliki statistik Muslim paling banyak, ialah France. Kenapa? Dari pemerhatian aku, antara sebabnya ialah faktor posisi France sndiri di Eropah ni. Yg memisahkan antara France dan negara2 Arab belah utara, cuma Laut Mediterannean sahaja. Tambah juga faktor politik, kolonisasi dll, menyebabkan populasi “bangsa ARAB” di France cukup ramai.
Tak kisah pasal tu.
Aku masih ingat, mula2 aku sampai di France, selalu je kedengaran dari mulut senior2 yg dah duduk sini lama tentang perangai buruk geng2 “BARA” (gelaran yg kitorang bagi kat ARAB - terbalik jadi BARA). Sikit2, BARA. Ada yg tak kena, “BARA punya kerja la ni”, “Ni mesti BARA”, bla2..
Aku heran jugak, dlm banyak2 org French, kenapa suka kutuk BARA ?
Lama kelamaan, aku sendiri mula dah nak ada perasaan mcm tu juga. Bukan nak kata semua ARAB kat sini perangai buruk, tapi kebanyakan yg perangai buruk tu, adalah BARA. Yg baik pun ramai, ramai je yg aku jumpa kat masjid baik2, peramah, buat kawan dll.
Tapi kalau jumpa kat tengah bandar, yg pompuan pakai seksi tak ingat dunia… eh silap, tak ingat akhirat, yg laki suka naik keta buka tingkap, pastu pasang muzik kuat2, selalunya muzik rap - hiphop ni, pastu kalau jalan, pasang speaker henset kuat2 sambil dengar lagu (ape, ingat henset ko je ke bleh pasang MP3 ? Beli earphone la wei.. ), pastu dalam bas suka cakap kuat2 dan lain2 lagi contoh perangai tak elok yg tak sedap mata memandang ni ; - SELALUNYA TERDIRI DARI GENG BARA..
Aku pernah nampak jugak waktu dalam bas, dengan selamba beruknya, 2 orang BARA depan aku takde keje, keluarkan kunci derang, lepas tu gores cermin pintu bas, tulis entah ape aku tak faham. Takde keje ? Makcik2 kat sebelah, tengok aje.. mungkin sbb diorang pun da tau jugak perangai bara ni mmg macam ni. Jenis tak makan saman, dan tak kisah org sekeliling.
Sebenarnya aku tak nak cerita pasal ni.
Masa musim World Cup hari tu, peminat2 agak kecoh seketika bila Frank Ribery, pemain France dan Marseille menadah tangan utk berdoa sblm bermulanya match. Hal ini disaksikan oleh peminat bola sepak di seluruh dunia.
Alkisah, aku ada terima satu e-mail yg menarik :
Ribery damai dalam Islam - Islam Bukan Halangan
Paris: Pemain kebangsaan Perancis, Franck Ribery tidak menyangka tindakannya menadah tangan memohon kepada Tuhan, seperti lazim dilakukan oleh org Muslim, sebelum sepak mula perlawanan sulungnya, kelmarin mencuri tumpuan umum bahawa dia sudah memeluk Islam. Bagi Ribery, 23, dia melihat keperecayaan barunya itu adalah hal peribadi dan tidak suka memperkatakannya dikhalayak ramai, kerana bimbang disalah tafsir penyokong Perancis. Pemain tengah dan sayap Olympique Marseill itu juga enggan memberitahu wartawan, kisah dia memeluk Islam , biarpun isterinya berasal dari Maghribi memaikan peranan penting mengapa dia memeluk Islam. Sesetengah media mendapat tahu semua itu berlaku selepas dia bermain utk kelab Galatasary di Turki selama setahun dan membantu kelab itu muncul juara Piala Turki pada 2005. Ribery jarang bercakap mengenai keyakinan terhadap keimanan sebagai seorang Muslim dan mendesak supaya papazazzi tidak menggangunya.
Baca sampai habis di sini : KLIK
Aku masih ingat, masa aku masih di MFI, sewaktu taklimat dari seorang lecturer yg pernah belajar di France, menyebut Islam di France ini terbahagi kepada 2 kategori : Islam Pratiquant, dan Islam non-Pratiquant (praktis dan tak praktis). Apa bezanya? Senang je, yg praktis tu dia mengamalkan Islam, dan yg tak praktis tu, tak amalkan syariat. Sbb itu tak pelik, kedai2 yg tertulis HALAL besar2 kat pintu kedai, tapi masuk ke dalam, dlm peti minuman, tersusun cantek je botol arak. Dan tak pelik juga, dengan selamba nya juga senang nak jumpa org BARA yg teguk arak di tempat2 awam, kat tepi pantai dll..
Aku sendiri pernah ditanya sewaktu ke PASAR BARA (pasar mingguan BARA - setiap Khamis) oleh seorang peniaga, “Kamu ni Pratiquant ke tak ?” Aku jawab je : YA.
Sila rujuk : Pasar BARA
Zidane misalnya, semua orang tahu bahawa dia Muslim. Namun dalam satu kenyataan yg dibuat Zidane, mengakui bahawa dia adalah seorang “non-pratiquant”. Sama ada kenyataan itu dibuat utk mengelakkan sangkaan serong media dan masyarakat terhadap dirinya, itu kita tidak tahu, waLlahu a’lam.
Sila rujuk : KLIK ( << dlm French )
Tentang Ribery, no komen..
Begitulah hakikatnya. Sebagaimana kata seorang kenalan aku di sini berbangsa arab, bila ditanya awal2 dulu : Kat sini ramai org Islam kan ?
Dia jawab : Arab, OUI, mais Islam, err… *sambil riak wajahnya mcm tak berapa nak YA kan..
(Arab, YA, tapi Islam, err..)
Perlu kita ingat, bahawa Muslim dan Mukmin itu tidak sama. Sekarang di Malaysia juga, walaupun istilah sepopular “Islam Pratiquant @ non-Pratiquant” masih belum wujud, tapi hakikatnya dah ramai yg spesis “ISLAM PADA NAMA” ni. Solat dan lain2 amalan tuntutan agama, langsung tak diambil peduli..
Sama2 lah kita merenung diri kita sendiri, dan merenung juga rakan2 @ saudara di sekeliling kita. Sudahkah kita menunaikan tanggungjawab terhadap diri kita dan juga tanggungjawab terhadap orang lain.
WaLlahu a’lam
8.14 pm
10 Sept 06

5 Comments »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment

Powered by WordPress with Pool theme Modified & Edited by Wan 'G' v2.
Entries and comments feeds.
Valid XHTML and CSS. ^Top^

macam kenal je grafik kat bawah skali tu. camna nak buat ye? HuHu
Comment by amir — September 10, 2006 #
bagaimana pula dengan golongan “muhsin”? aku tau ramai ahli sufi muridiyya dari Senegal kat France.. ahli sufi yang dah capai tahap ihsan boleh la digelar muhsin.
Comment by kakijawa.blogspot.com — September 12, 2006 #
syeikh;
tak dpt nk komen, tak dpt dikenal pasti lg, hehe. tambah lg, nak kena wat pengecaman tahap2 maqam pule, tak ariff, hehe::
WA
Comment by Wan-Gv2 — September 12, 2006 #
Salam.
Just to share, tahu tak semasa perang salib, org Islam memanggil org Kristian dgn Ferinji, kerana mereka dtg dari arah France. Gelaran Crusaders/tentera salib adalah gelaran yg mereka (orientalist) beri.
Kesannya juga hingga ke Tanah Melayu, Portugis juga digelar org Ferinji.
Mungkin Batu Feringgi kat Penang pun diambil sempena gelaran utk org putih.
BTW, pernah jugak jumpa org Islam non-praktis semasa ke Strasbourg dulu. Tapi at least dia mengaku Islam.
Comment by Bro.H — September 18, 2006 #
Ouh, nice info Bro H. =)
Strasbourg? Hurm.. mmg ramai mcm tu sekarang. Nak2 dekat region yg ke selatan sket mcm NICE ni, sbb populasi ARAB mmg ramai.
Mudah2 an dapat hidayah..
WA
Comment by Wan-Gv2 — September 20, 2006 #