Hari2 Terakhir Syawal…

November 20, 2006 on 6:55 pm | In + myFiKrah + |

Salam,

Syawal makin meninggalkan kita pergi. Tahniah kepada yg sempat menunaikan puasa sunat Syawal 6 hari, dan jgn sedih kepada yg tidak sempat menunaikannya, mudah2 an tahun depan kita masih dikurniakan usia utk melalui edisi Ramadhan dan Syawal yg seterusnya.

Ada beberapa komen dan feedback yg sy terima, maklumlah, lama dah tak update blog ni, huhu.

Ada yg kata :

Rambut dah panjang eh sekarang ni ?

Errr.. huhu, a’a kot. Takpe, mama dan abah sy tak tahu =) Mahal la nak potong rambut kat sini. (alasan je sebenarnya tu, ahakss..) Nanti la, potong sket2 lagi, hehe.

Ada yg kata gak :

Eh, dah makin berisi eh sekarang ?

Erkk ?? Huhu.. err, ye gak kot. Maklumlah, tak sempat langsung nak aktiviti riadah sekarang. Pagi kelas lepas Subuh, balik hampir Isyak ! Lagipun, sy ada masalah lutut yg masih belum pulih. Nak main berat2 pun tak boleh sangat. Nak kata makan heaven hari2, tak jugak.. huhu. Orang bujang makan banyak mana sangat ye tak ? Kalau rajin, ada la makanan. Kalau malas, takde orang nak tolong masakkan, huhu.

Ada yg kata juga :

Dah lama tak ada update artikel2 “ilmiyah”..

Isk.. betul tu. Bukan tak nak update, masa tak berapa cukup. Tambahan pula artikel yg “berat” sket ni, selalunya perlukan idea, kajian2 dan semakan2 sedikit sebanyak, sekaligus kena lebih “gigih” menelaah. Tu yg tak berapa nak ada update. Kalau merepek2 sket sbanyak mcm yg sedang ditulis ini, boleh la juga curi masa 5 - 10 minit..

Anyway, sy tak akan berhenti menulis.. Sy akan terus menulis, sbb sy suka menulis =) Blog ini dah dibayar hostingnya utk 2 tahun, huhu.. takkan tak nak guna kot? ahakss..

Sy akan cuba utk update artikel2 yg “berat” sket pada masa2 akan datang. Kepada yg masih setia mengunjung, terima kasih diucapkan.. =)

Sekian,

WA

7.54 pm
20 Nov 06

6 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. haaa….got long hair now aaa?? mama & abah mmg xtau, but now i know… nway, get ur friend to cut ur hair or else u won’t look handsome anymore! hahha

    Comment by wani halim — November 21, 2006 #

  2. Erk.. ani, jgn bgtau mama.. huhu.. syhh..

    lalala~

    =p

    Comment by Wan-Gv2 — November 21, 2006 #

  3. takpe kak wani…nati piji tdo saya datang gunting rmbut dier

    Comment by amir — November 22, 2006 #

  4. amir.. ko belot aaa… cet

    Comment by Wan-Gv2 — November 23, 2006 #

  5. aaa… bagus amir, kalo xder gunting meh sini ckp, akak poskan satu gunting.. xkira laaa gunting kain ker gunting pokok ker janji gunting k!

    Comment by wani halim — November 24, 2006 #

  6. aku nak gi hawaiii.. yuhuu..=p

    Comment by Wan-Gv2 — November 24, 2006 #

Leave a comment

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>


Powered by WordPress with Pool theme Modified & Edited by Wan 'G' v2.
Entries and comments feeds. Valid XHTML and CSS. ^Top^