Menghukum vs Menyatakan Hukum

March 11, 2007 on 7:59 pm | In + myFiKrah + |

BismiLlah,

Jika ada yg menyatakan : BERZINA hukumnya HARAM.

Ya, memang jelas dan nyata bahawa berzina itu haram.

Tp adakah itu bermaksud dia menghukum bahawa sah dan pasti, si penzina akan masuk neraka ?

Sudah tentu tidak. Kunci pintu neraka dan pintu syurga, bukan terletak di tangan kita, mahu pun Ayah Pin. Itu semua kerja Allah, setiap amalan dan perbuatan, akan dihisab dan ada balasannya. Jika si penzina sebelum akhir hayatnya, bertaubat dan memperbanyakkan amalan soleh, maka insya-ALLAH dia terlepas azab neraka.

Begitu juga dengan isu bidaah. Ramai orang sensitif betul dengan perkataan bidaah. Orang2 yg bernama ustaz tak kurang juga ramainya suka menyebarkan kepada masyarakat : Ada orang kata ini bidaah. Pastu bidaah ni sesat. Maka yg sesat akan ke neraka !

Maka sifir yg sentiasa disebarkan : Mereka kata jika siapa yg membuat amalan ini (yg dikatakan bidaah), maka pengamal itu akan masuk neraka !

Logik ke hujah begitu ?

Ada sesetengah pihak yg cenderung ingin menakut-nakutkan golongan masyarakat awam yg tidak mengetahui apa, terhadap suatu pihak yg ingin menyebarkan dan menghidupkan budaya dan manhaj sunnah di Malaysia. Sy bukan ingin berkempen bagi mana2 pihak. Tapi mendengar hujah sama sbgmana yg disebutkan di atas, kerap kali dijaja di sana sini, yg kadang2 keluar dari mulut para ustaz dan tokoh itu ini sendiri, agak menghairankan juga.

Menyatakan hukum vs Menghukum… Sama ke?

p/s : Sambung lain kali, busy nk wat keje

Sekian, WA

1 Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. salam.

    ekceli secara kebetulan aku baru tau pasal bidaah ni. so saje nk kongsi, g la link nih,

    http://www.youtube.com/watch?v=ft_lPw-gRXg

    sharing is caring ;)

    Comment by bpboyz — March 23, 2007 #

Leave a comment

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>


Powered by WordPress with Pool theme Modified & Edited by Wan 'G' v2.
Entries and comments feeds. Valid XHTML and CSS. ^Top^