Formula Ajaib : 2I

myFikrah No Comments »

BismiLlah..

Ada 2 syarat utama untuk ibadah kita diterima. Ia adalah 2 I.

1. Ikhlas
2. Ikut

Ada orang kata, ikhlas tu yg menentukan sama ada ibadah kita diterima atau tidak. Tapi sebenarnya, ikhlas semata-mata tidak cukup. Jika cukup dengan ikhlas, maka kita boleh katakan amalan Sami Buddha yg menahan diri dari makan itu dan ini, atau pun Paderi Kristian yg menghalang diri dari berkahwin, adalah suatu ibadah yg diterima. Ini kerana jika ditanya kepada mereka, tentu mereka akan jawab bahawa tujuan mereka buat semua itu adalah IKHLAS kerana Tuhannya.

Read the rest of this entry »

Memahami Keutamaan

myFikrah No Comments »

BismiLlah..

Kenapa tidak ada orang pernah lupa utk makan?

Jawapan nya ialah :  Sebab makan itu adalah satu benda penting utk semua orang.

Walau sesibuk mana seseorang, walau sesuntuk mana masa seseorang itu, tetap akan ada waktu untuk makan. Tidak pernah kita dengar rungutan orang yg tak sempat nak makan kerana terlalu sibuk. Makan itu satu keperluan, dan semua orang menganggap ia penting.

Tapi kita selalu dengar, orang tak sempat membaca al-Quran kerana sibuk. Ramai orang terlupa nak muhasabah atau tazkiyah an-nafs, kerana banyak urusan harian yg perlu diuruskan. Ramai jugak yg selalu sebut tak sempat solat sunat kerana ada banyak urusan nak dibuat.

Read the rest of this entry »

Analogi : Bola vs Dunia

myFikrah No Comments »

BismiLlah..

Dalam sukan bolasepak, semua outfield player akan mengejar bola untuk mendapatkannya. Pelbagai cara diusahakan. Berlari, “tackle”, melompat dan lain-lain.. Tetapi bila dah dapat bola tu, ia akan ditendang jauh-jauh, sama ada di pass, di clear kan dari zon bahaya, atau ditendang ke dalam gol. Tidak ada orang yg bermain bola, mengejar bola bermati-matian, kemudian menyimpan bola untuk dirinya semata-mata. Baik tak yah main bola kalau gitu, ye dak?

Begitu juga sepatutnya konsep kita dalam mengejar dunia.

Tidak ada larangan untuk seseorang insan mengejar kekayaan, mencari harta dan kemewahan. Tapi sebagaimana bola, kita tidak boleh jadikan semua itu sebagai matlamat hakiki sebuah kehidupan. Setelah kita perolehi apa yg kita kejar, kita buang terus jauh-jauh.

Jika seorang pemain bola menerima hantaran, kemudian menyimpan bola tersebut lama-lama, walaupun mampu menggelecek sehebat Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi sekalipun, dia tetap bukan seorang pemain bola sepak yg baik dan sempurna. Maka sama juga dgn sebuah kehidupan. Jika kekayaan, harta, kemewahan dinikmati secara berlebihan, maka seseorang itu bukanlah seorang “pemain yg baik” dalam medan kehidupan yg ditempuhinya.

Kesimpulan :

Jadilah seorang “pemain terbaik” dalam kehidupan kita.

Mudah-mudahan bermanfaat.

WA

Isu Makanan Ahli Kitab

myFikrah No Comments »

BismiLlah..

Isu Ahli Kitab antara yg menjadi polemik kepada pelajar-pelajar Malaysia Muslim di luar negara. Ia merupakan suatu isu yg baru bagi kebanyakan orang kerana isu ahli kitab ini jarang sekali timbul dalam suasana masyarakat Malaysia. Ada yg boleh menerima dengan hati yg terbuka apabila dijelaskan. Ada juga yg menolak dengan keras penjelasan yg diberikan disebabkan faktor-faktor antara lainnya ialah ia bukan disampaikan oleh seorang ustaz.

Namun bukan itu isunya di sini. Tulisan ini bukan bertujuan untuk membincangkan semula tentang hal berkenaan.

Secara ringkasnya,

Ahli Kitab ialah Yahudi dan Kristian. Full stop. Tidak kira lah Yahudi Kristian zaman dulu, zaman sekarang atau zaman akan datang, mereka ialah Ahli Kitab. Read the rest of this entry »

Semangat Abu Dzar

myFikrah 2 Comments »

BismiLlah..

Dalam sirah disebutkan bagaimana Abu Dzar r.a., seorang sahabat yg berasal dari Bani Ghifar, yg merupakan antara sahabat terawal memeluk Islam. Secara ringkas, setelah beliau masuk Islam, Abu Dzar r.a. terus ke Kaabah dan mengisytiharkan keIslamannya di khalayak umum, di hadapan orang-orang Kafir Quraisy. Hasilnya, Abu Dzar r.a. dipukul dan dibelasah dengan begitu teruk sehingga datang bapa saudara Nabi SAW iaitu Abbas bin Abdul Muttalib r.a. menyelamatkannya. Abbas r.a. berkata : Apakah kamu semua akan bunuh seorang lelaki dari Bani Ghifar, yg mana kamu akan lalui kawasan mereka sewaktu berdagang nanti?

(Sila Google atau rujuk buku Sirah untuk mengetahui kisah Abu Dzar r.a. dengan lebih detail)

Sering kali kita lihat orang muda yg semangatnya berkobar-kobar nak membawa Islam, tapi kadang kala tak kena gaya dan method yg cuba digunakan.

Hasilnya, ramai yg membenci dan menjauhkan diri, walaupun mungkin benar dakwah dan seruan yg diperjuangkan.

Kesimpulan :

Muhasabahlah selalu.

P/s : Nasihat kepada diri sendiri juga..

WA

How BIG is your problem?

Motivation 1 Comment »

BismiLlah..

Semua orang ada masalah.

Tiada kehidupan jika tiada di dalamnya masalah.

Tapi soalnya, bagaimana kita mengendalikan masalah yang kita hadapi.

Ada orang kata, masalah dia kecil sahaja. Ada orang lain pula kata, masalah nya “sebesar dunia dan segala isinya!”

Kepada yang menghadapi masalah, dan merasakan masalahnya sangat besar dan berat sehingga tak terlarat bahu nak memikulnya, sehingga mengganggu pula emosi dan rasional serta kerja-kerja sehariannya..

Mari tengok video ni : Read the rest of this entry »

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in