BismiLlah..
Ada 2 syarat utama untuk ibadah kita diterima. Ia adalah 2 I.
1. Ikhlas
2. Ikut
Ada orang kata, ikhlas tu yg menentukan sama ada ibadah kita diterima atau tidak. Tapi sebenarnya, ikhlas semata-mata tidak cukup. Jika cukup dengan ikhlas, maka kita boleh katakan amalan Sami Buddha yg menahan diri dari makan itu dan ini, atau pun Paderi Kristian yg menghalang diri dari berkahwin, adalah suatu ibadah yg diterima. Ini kerana jika ditanya kepada mereka, tentu mereka akan jawab bahawa tujuan mereka buat semua itu adalah IKHLAS kerana Tuhannya.
Namun bukan begitu.
Perlu ada elemen kedua, iaitu IKUT. Ikut di sini bermakna ikut tunjuk ajar Nabi dalam melaksanakan ibadah. Itulah tujuan utama Nabi SAW diutuskan ke muka bumi, iaitu utk mengajar manusia cara mengabdikan diri kepada Allah yg sebenar. Bukan sembahan melalui berhala, pemujaan, dan sebagainya. Sebarang ibadah, atau kaedah kita buat utk mendekatkan diri kepada Allah, mesti lah dgn IKUT cara dan tunjuk ajar Baginda SAW. Tiada kompromi.
Jadi mulai hari ini, mari kita sama-sama muhasabah. Lihat kembali dalam setiap “amal ibadah” yg kita buat seharian. Dari sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besar ibadah, sentiasa lah timbulkan persoalan, “adakah yg aku buat ini betul macam Nabi buat?” “Adakah Nabi buat begini?” “Betulkah ini yg diajar oleh Nabi?”
Ya, IKHLAS itu sudah tentu perlu. Ramai orang tahu dan sedar tentang kepentingan IKHLAS. Tapi tak ramai yg menitikberatkan elemen kedua, iaitu IKUT. Maka, marilah kita menjadi orang yg termasuk dalam “golongan yang sedikit”.
Kesimpulan :
Formula ajaib dalam hal ni :
- 1 + 1 = 1
- 2 – 1 = 0
Sekian, mudah-mudahan bermanfaat.
WA
May 10th, 2010 at 3:18 am
[...] ragu. Terus berusaha untuk menggapai cinta Allah. Dengan formula 2I. Ikhlas dan Ikut. Baca sini. [...]