Isu Makanan Ahli Kitab

myFikrah Add comments

BismiLlah..

Isu Ahli Kitab antara yg menjadi polemik kepada pelajar-pelajar Malaysia Muslim di luar negara. Ia merupakan suatu isu yg baru bagi kebanyakan orang kerana isu ahli kitab ini jarang sekali timbul dalam suasana masyarakat Malaysia. Ada yg boleh menerima dengan hati yg terbuka apabila dijelaskan. Ada juga yg menolak dengan keras penjelasan yg diberikan disebabkan faktor-faktor antara lainnya ialah ia bukan disampaikan oleh seorang ustaz.

Namun bukan itu isunya di sini. Tulisan ini bukan bertujuan untuk membincangkan semula tentang hal berkenaan.

Secara ringkasnya,

Ahli Kitab ialah Yahudi dan Kristian. Full stop. Tidak kira lah Yahudi Kristian zaman dulu, zaman sekarang atau zaman akan datang, mereka ialah Ahli Kitab.

(**Untuk penjelasan lanjut tentang hal tersebut, boleh rujuk tulisan-tulisan sy yg lain, atau boleh cuba Google. Sy tak bercadang nak menghuraikan hal berkenaan kerana nanti tulisan ini akan menjadi panjang lebar pula.)

Makanan Ahli Kitab ini halal dimakan.

Di banyak negara di Eropah, semakin ramai orang menjadi Atheis – tidak beragama. France juga tidak ketinggalan. Kajian dan update terbaru di wikipedia menunjukkan peratusan Kristian Katolik di France sudah menurun ke angka 51%. Hal ini baru disedari oleh sy sekitar 3 atau 4 bulan yg lepas, dan page wikipedia berkenaan baru sahaja diupdate kerana sy masih ingat, sebelum ini jumlahnya adalah 60–70%, iaitu merupakan agama majoriti bagi rakyat France.

Maka sejak itu, sy melihat fatwa Halal makanan Ahli Kitab ini sudah tidak lagi relevan. Dr Yusuf Qaradawi (rujuk : Halal dan Haram dalam Islam) menyebutkan bahawa sesebuah negara itu perlu mempunyai jumlah majoriti penduduknya yg beragama Yahudi atau Kristian bagi membolehkan fatwa ini boleh diguna pakai. Dan dalam hal ini, ia sudah tidak lagi benar. Bukan kerana FATWA itu salah, tetapi dek kerana faktor perubahan agama populasi rakyat di negara ini.

51% menunjukkan 1% sahaja jumlah majoriti, iaitu angka yg sangat kecil. Atas dasar taqwa dan menjauhi syubhah, maka sy berpendapat fatwa itu sudah tidak lagi valid. Namun andai kata suatu hari nanti keadaan ini berubah, maka fatwa ini mungkin akan berubah lagi.

Tulisan sy ini hanya merujuk kepada kes di France. Mungkin di negara lain seperti di US atau lain-lain, hal ini tidak timbul kerana rakyat di sana masih lagi kuat beragama, sama ada Yahudi atau Kristian.

Sekian, mudah-mudahan bermanfaat.

WA

Related Posts

  • No Related Post

Leave a Reply

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in