Memahami Keutamaan

myFikrah Add comments

BismiLlah..

Kenapa tidak ada orang pernah lupa utk makan?

Jawapan nya ialah :  Sebab makan itu adalah satu benda penting utk semua orang.

Walau sesibuk mana seseorang, walau sesuntuk mana masa seseorang itu, tetap akan ada waktu untuk makan. Tidak pernah kita dengar rungutan orang yg tak sempat nak makan kerana terlalu sibuk. Makan itu satu keperluan, dan semua orang menganggap ia penting.

Tapi kita selalu dengar, orang tak sempat membaca al-Quran kerana sibuk. Ramai orang terlupa nak muhasabah atau tazkiyah an-nafs, kerana banyak urusan harian yg perlu diuruskan. Ramai jugak yg selalu sebut tak sempat solat sunat kerana ada banyak urusan nak dibuat.

Maka solution dia jelas. Kita perlu terlebih dahulu “tune” kan minda kita dengan mengatakan bahawa “perkara sekian-sekian adalah sangat penting!”, maka insya-Allah kita akan buat. Walau sesibuk mana pun kita, kita tentu akan dapat cari jugak ruang dan masa utk melakukannya. Jika masih belum sempat utk buat sesuatu perkara, itu bermakna kita masih belum meletakkan perkara tersebut pada tahap kepentingan yg tertinggi.

Minda ini, kita lah nakhoda nya. Bukan kita yang dipandu oleh minda kita. Itu terbalik namanya.

Kesimpulan :

Anda dah makan? =)

WA

Related Posts

Leave a Reply

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in