Feb 26
BismiLlah..
Kenapa tidak ada orang pernah lupa utk makan?
Jawapan nya ialah : Sebab makan itu adalah satu benda penting utk semua orang.
Walau sesibuk mana seseorang, walau sesuntuk mana masa seseorang itu, tetap akan ada waktu untuk makan. Tidak pernah kita dengar rungutan orang yg tak sempat nak makan kerana terlalu sibuk. Makan itu satu keperluan, dan semua orang menganggap ia penting.
Tapi kita selalu dengar, orang tak sempat membaca al-Quran kerana sibuk. Ramai orang terlupa nak muhasabah atau tazkiyah an-nafs, kerana banyak urusan harian yg perlu diuruskan. Ramai jugak yg selalu sebut tak sempat solat sunat kerana ada banyak urusan nak dibuat.
Read the rest of this entry »
Feb 25
BismiLlah..
Dalam sukan bolasepak, semua outfield player akan mengejar bola untuk mendapatkannya. Pelbagai cara diusahakan. Berlari, “tackle”, melompat dan lain-lain.. Tetapi bila dah dapat bola tu, ia akan ditendang jauh-jauh, sama ada di pass, di clear kan dari zon bahaya, atau ditendang ke dalam gol. Tidak ada orang yg bermain bola, mengejar bola bermati-matian, kemudian menyimpan bola untuk dirinya semata-mata. Baik tak yah main bola kalau gitu, ye dak?
Begitu juga sepatutnya konsep kita dalam mengejar dunia.
Tidak ada larangan untuk seseorang insan mengejar kekayaan, mencari harta dan kemewahan. Tapi sebagaimana bola, kita tidak boleh jadikan semua itu sebagai matlamat hakiki sebuah kehidupan. Setelah kita perolehi apa yg kita kejar, kita buang terus jauh-jauh.
Jika seorang pemain bola menerima hantaran, kemudian menyimpan bola tersebut lama-lama, walaupun mampu menggelecek sehebat Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi sekalipun, dia tetap bukan seorang pemain bola sepak yg baik dan sempurna. Maka sama juga dgn sebuah kehidupan. Jika kekayaan, harta, kemewahan dinikmati secara berlebihan, maka seseorang itu bukanlah seorang “pemain yg baik” dalam medan kehidupan yg ditempuhinya.
Kesimpulan :
Jadilah seorang “pemain terbaik” dalam kehidupan kita.
Mudah-mudahan bermanfaat.
WA
Recent Comments